Isnin, 1 Jun 2015

Hati-hati dengan perempuan ini

Berang ditipu, seorang pengguna Facebook memuat naik beberapa gambar perbualan messenger dengan peniaga online beberapa hari yang lalu.

Amisha, berasal dari Sabah, memuat naik gambar-gambar itu dengan caption “Hati-hati dengan perempuan ini. Dia dah banyak tipu duit orang. Konon jual baju, handphone dan macam-macam lagi, itu semua poyo. Dia tipu RM220. Konon minta nombor akaun nak bagi balik duit saya. Sampai sekarang tak ada. Polis pun dah cari dia. Jadi, hati-hati, dia suka tukar-tukar nama,”

Peniaga online terbabit menggunakan pelbagai alasan untuk mengelakkan menbayar duit pelanggan antaranya dia banyak berhutang dan terpaksa menggunakan wang bayaran pelanggan lain dahulu.


Menurut gambar yang dimuat naik oleh sumber, peniaga bernama Fazlina itu merupakan ibu tunggal yang telah diceraikan oleh suaminya kerana perkahwinannya dengan suami tidak direstui oleh keluarga.

Sungguhpun mempunyai anak seorang, Fazlida tetap dipulaukan oleh keluarganya menyebabkan dia terpaksa menempuhi hidup bersendirian.


Bagaimanapun, menurut seorang individu, nama sebenar wanita itu adalah Norhafizah Abd Razak yang merupakan rakan sekolahnya yang juga orang sekampung.


Difahamkan, sudah ramai yang terkena dengan peniaga online penipu ini dan telah banyak laporan polis dibuat. Namun masih tiada tangkapan yang dibuat.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam membeli barangan secara online. Pastikan anda menyemak latar belakang peniaga online dan maklumbalas pelanggan terdahulu sebelum membuat sebarang pembayaran.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

"Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam membeli barangan secara online. Pastikan anda menyemak latar belakang peniaga online dan maklumbalas pelanggan terdahulu sebelum membuat sebarang pembayaran."

Aku rasa ni la nasihat paling bodoh sekali.