Ahad, 21 Jun 2015

Hahaha .. Palanivel salahkan Najib dalam masalah MIC

Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam krisis parti itu yang menyaksikan perebutan antara 2 kem bertelagah dalam merebut jawatan tertinggi parti.

Dalam satu perhimpunan bagi menyatakan sokongan terhadapnya di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini, Palanivel berkata, Najib memihak kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan memberi tekanan kepada parti etnik India terbesar dalam Barisan Nasional (BN) itu untuk menolak pemilihan parti yang diadakan pada 2013 .

"BN dan perdana menteri sendiri terlibat dalam memberikan tekanan kepada MIC untuk menolak keputusan pemilihan 2013 yang disahkan dan untuk parti menyebelahi pengkritik," katanya ketika berucap di depan ribuan penyokongnya yang hadir.

"Ini cabaran paling besar dihadapi MIC sepanjang 70 tahun sejarahnya. Isunya mudah dan jelas. Ia satu pertempuran antara yang benar dan salah. Antara keadilan dan ketidakadilan. Antara ketenteraman dan huru-hara. Antara yang baik dan jahat,” katanya.

Kemelut MIC meletus selepas timbul perbezaan pendapat antara Palanivel dan timbalannya Datuk Seri Dr S Subramaniam susulan notis dikeluarkan RoS pada 5Disember lalu mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan baru bagi 3 jawatan naib presidennya dan 23 ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC).

Terdahulu, RoS membatalkan pemilihan yang diadakan pada November 2013 selepas menerima aduan penyelewengan.

Palanivel membawa kesnya ke Mahkamah Tinggi tetapi Isnin lepas, 2 permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan arahan RoS itu ditolak.

Mahkamah mengekalkan keputusan RoS supaya parti itu mengadakan pemilihan semula di semua peringkat (cawangan dan bahagian), termasuk bagi jawatan presiden.

Hari ini, Palanivel berkata parti itu akan mengadakan pemilihan cawangannya dari Ogos hingga akhir tahun dan mahu 2,764 cawangan itu menyokongnya dan mereka masih dalam jawatankuasa pusat sebagai pemimpin mereka.

Palanivel dalam ucapannya berkata beliau mahu mengusir musuhnya, yang diketuai Dr Subramaniam, tetapi pada sidang akhbar selepas itu, beliau nampaknya sedikit berlembut.

"Tidak, dia hanya digantung. Jangan risau tentang itu," katanya ketika ditanya sama ada beliau akan memecat Dr Subramaniam, yang juga menteri kesihatan.

Palanivel yang mendakwa seramai 10,000 penyokongnya hadir pada majlis hari ini berkata Najib memberitahunya pada Jumaat lalu supaya mengadakan pemilihan bagi menyelesaikan masalah parti itu.

"Saya bercakap dengannya pada Jumaat dan dia beritahu saya jangan risau tentang RoS dan sebarang isu lain... cuma adakan pemilihan,” katanya.

Beliau juga mengetepikan persoalan sama ada Dr Subramaniam akan bersetuju dengan pemilihan semula itu, mengatakan timbalannya itu kini digantung.

"Kita tidak perlu tanya pihak satu lagi mengenai perkara ini. Pihak satu lagi itu kini digantung. Jangan risau tentang dia (Dr Subramaniam). Dia tidak ada kuasa,” katanya. – 20 Jun, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: