Pada masa yang sama, beliau yang juga ahli Parlimen Kepala Batas, turut menafikan dakwaan Ng itu, menyifatkannya satu tuduhan yang berniat jahat bertujuan merosakkan kredibilitinya.
"Saya akan segera mengarahkan tindakan undang-undang diambil di atas kebiadapan dan serangan jahat Ng ini. Fitnah ini tidak mungkin saya biarkan berlalu begitu sahaja.
"Kerana ianya melibatkan tuduhan palsu dan jahat untuk mencemarkan imej ARB dan maruah saya secara peribadi," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau turut mengecam Ng yang gagal mengemukakan sebarang dokumen bagi menyokong tuduhan terhadapnya dan ARB, mengatakan wakil rakyat DAP itu hanya menggunakan frasa "sumber dalaman".
Beliau dalam kenyataannya juga memperincikan "tuduhan liar" yang dibuat Ng, iaitu ARB meluluskan pinjaman RM2 bilion kepada 1MDB, pinjaman itu diberikan selepas pelantikannya dan ia diikat dengan faedah tahunan 4% serta dikategorikan sebagai "IOU bill".
"Saya hendak nyatakan secara jelas, nyata dan terang. Tidak ada sebarang pinjaman dengan amaun dan perjanjian yang dinyatakan, berlaku di ARB.
"Ia sama sekali tidak pernah berlaku dan tidak pernah dibawa untuk mendapatkan kelulusan di bawah persetujuan keseluruhan ahli lembaga pengarah yang saya pengerusikan selama ini," katanya.
Terdahulu hari ini, Ng menyatakan ARB didakwa meminjamkan RM2 bilion kepada 1MDB selepas ahli Parlimen Barisan Nasional itu dilantik sebagai pengerusi pemegang amanah syarikat pada 1 Januari tahun lepas.
Pinjaman itu, kata Ng, masih belum dibayar balik dan memberi kesan kepada aliran tunai ARB. – 10 Jun, 2015.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan