Ahad, 28 Jun 2015

(Bukti) Petanda kejatuhan empayar PAS Kelantan sudah ada ..

Sejarah membuktikan Melaka rebah kerana perbalahan pemimpin. Begitu juga dengan banyak lagi empayar kerajaan dunia. Kelantan .. sudah tiba masanya, bila ada hati-hati busuk di dalam kerajaan PAS Kelantan. Serakah duniawi, mirip kepada UMNO .. kita tunggu dan lihat tidak lama lagi.

Foto ini mencerminkan keakraban Husam dengan Tokguru.

Badan Perhubungan PAS Kelantan untuk sesi 2015/17 telah pun dibentuk yang memperlihatkan berlaku perubahan mengejutkan. Perubahan itu sesuatu yang postif
untuk memantapkan badan eksekutif PAS Kelantan itu. Apa yang paling mengejutkan apabila nama Husam Musa sebelum ini sebagai Timban Pesuruhjaya II tidak
ada langsung dalam penyusunan itu.

Ahmad Yaakub kekal sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan. Manakala Mohd Amar Nik Abdullah sudah semestinya sesuai dengan kedudukannya sebagai TMB menjadi timbalan
Ahmad, dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya I. Pesuruhjaya II pula Dr Johari Mat yang dinaikkan darjat meskipun prestasinya tidak seberapa. Manakala Pesuruhjaya
III Adun Kemuning yang juga Exco, Dr Mohd Fadzli Hassan.

Penyusunan badan perhubungan itu tidak boleh dinafikan ia sedikit sebanyak berasaskan kepada kroni dan mereka yang "seraga ayam" dengan Ahmad Yaakub. Kerana
sebelum ini beberapa nama di luar kronis disebut dan layak untuk menganggotai badan perhubungan itu tetapi, seorang pun tidak dilantik.

Antara mereka ialah Adun Pasir Tumbuh Abdul Rahman Yunus, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan Adun Mengkebang Abdul Latif Abdul Rahman. Tetapi disebabkan
mereka ini dilihat tidak berpihak kepada mereka, dan tidak bersedia untuk masuk "raga ayam", maka kebolehan mereka dinafikan.

Pembuangan Husam

Pembungan Husam dari badan perhubungan PAS itu dilihat satu tindakan berani oleh Ahmad Yaakub. Tindakan tersalah sangka dari jangka kerana Ahmad dilihat
sebagai seorang warak tidak mudah menghukum orang yang tidak melakukan kesalahan syarak. Mungkin beliau dengan nasihat Nik Amar telah membuat perhitungan
ketiadaan Husam mereka mampu menggerakkan PAS. PAS Kelantan sebelum ini khususnya di era kepimpinan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat, lebih dilihat ianya
digerak dan dibangunkan oleh kuasa dan minda siasah Husam.

Husamlah enjin kepada Nik Aziz dan PAS Kelantan. Walaupun kejayaan Nik Aziz mengekalkan kerajaan Kelantan selama lima penggal ianya adalah berkat kerjasama
semua pihak, tetapi orang yang memain peranan dan akitek mengutuhkan PAS adalah Husam Musa. Husamlah yang membentuk minda politik Nik Aziz dengan berkonsepkan
kepada politik Islam dianuti Tokguru menerusi beberapa jawatan pentingnya sebagai pembantu Tokguru, Pegawai Akhbar, Setiausaha Politik kemudian sebagai
Exco kanan. Husamlah pendampingi Nik Aziz sepanjang Allahyarham berada diluar rumah dan berada dalam sepanjang medan politik.

Gara-gara keintiman dan kerajinan itulah juga menyebabkan beliau dicemburi sampai diusahakan memisahkan dia dengan Tokguru.

Menyedari hungungan intim dan peranan itu mungkin Ahmad Yaakub tidak mahu Husam terus dilihat berperanan dalam PAS maka beliau harus disingkirkan dari
badan perhubungan PAS. Tindakan itu juga sedikit sebanyak mungkin kerana sikap Husam yang tidak begitu cakna kepada Ahmad Yaakub sebelum ini semasa Ahmad
memegang jawatan TMB. Umum sudah tahun Husam seorang yang tidak begitu mesra alam dan bertindak secara bersendirian.

Bagaimana pun, sepatutnya setelah Ahmad sah mengambil alih jawatan MB tidak seharusnya beliau berasa bimbang dan sangsi kepada Husam lagi kerana keseluruhan
"anak kunci kekuasaan" ke atas PAS Kelantan berada ditangannya. Selepas pengunduran Tokguru suka atau tidak, Husam harus akur dan berketuakannya.

Sepatutnya Ahmad tidak bertindak kejam dengan menyingkirkan Husam. Membuang Husam sebegitu dilihat sadis dan ia memberi kesan negatif kepada pentadbiran
Ahmad dan PAS Kelantan. Dan kalau pembuangan Husam itu adalah atas tekanan pihak lain ternyata Ahmad tidak mampu berdiri sebagai seorang pemimpin yang
tegas, berprinsip dan adil.

Dalam konteks ini saya bukan sengaja mahu membela Husam, tetapi lebih melihat kepada kesan ekoran tindakan itu. Pembuangan Husam dari badan eksekutif PAS
itu sangat disukai oleh Umno. Selama ini orang yang dibimbangi dan ditakuti oleh Umno ialah Husam Musa. Apabila Husam yang mampu membaca langkah politik
musuh dan sering mengelirukan musuh tidak ada lagi, maka mudahlah untuk musuh masuk ke dalam rumah PAS dan menganyang. Musuh bersorak sambil bertepok tangan,
seraya dalam hati berkata ''inilah masanya..."

Ahmad mungkin tidak melihat hakikat ini dan dia lebih berasakan dia selamat apabila Husam tidak ada. Congakan itu silap. Seperkara yang Ahmad kena ingat,
kalau tindakan terhadap Husam itu berdasarkan kepada dhamirnya tidak mempercayai Husam, perasaan sama juga beliau kena ada juga kepada orang lain yang
kini menjadi pagar-pagar besi bodekismenya.

Apa yang Ahmad kena ingat suatu hari pagar itu juga akan memakan dirinya. Ini politik.

Selain itu pengyingkiran Husam juga dianggap kejam dan sikap kacang lupakan kulit. Jasa dan budi Husam selama sejak tahun 1995 menjadi ahli Parlimen, kemudian
Adun dan dilantik menjadi Exco dua penggal banyak merancang untuk pembangunan sosial ekonomi di Kelantan. Ini menunjukkan Ahmad Yaakub seorang yang tidak
tahu mengenang budi dan seolah-olah tidak ada penghormatan langsung kepada Tokguru Nik Aziz. Penyanjungan Nik Aziz kepada Husam sebagai seorang budak bijak
tidak diikhtiraf oleh Ahmad Yaakub.

Tindakan itu juga kontras dengan sifatnya sebagai Mursyidul Am yang lebih perlu bertindak menjadi pendamai dan bukan meretakkan lagi keadaan. Murabbi itu
membimbang dengan perbuatannya dengan penuh fatanah bukan seronok dan syok dengan kata hafalan dan bacaan dikertas kitab.

Bahaya menanti

Seburuk-buruk Husam dia ada pengaruh dan aura tersendiri. Kalau pun dia selepas ini menjadi pasif kepada PAS, tetapi pengikutnya akan membuat tindakan
sendiri. Apa kata kalau para pengikutnya bertindak untuk tidak bersama PAS kerana kecewa kepada apa yang berlaku di Kelantan dan menimpa Husam? Tidak perlu
banyak cukup sekadar 25 persen sahaja ia menjejaskan PAS. Kalau itu berlaku jangan salah dan tuduh Husam lagi.

Tidakkah keadaan itu merugikan PAS Kelantan. Tidak tahulah saya kalau pemikiran Ahmad Yaakub dan mereka yang berada diserandang kekuasaanya kini sudah
terpeta dalam kepala kerjasama dengan Umno. Kalau bayangan itu sudah wujud, maka pembuangan Husam itu adalah wajar kerana Husam selamanya akan tetap berpegang
kepada ikrar dan sumpah Tokgurunya, Nik Abdul Aziz yang sama sekali tidak akan bekerjasama dengan Umno selagi parti itu tidak menukar perlembagaan parti.

Kepada Husam diharap jangan berduka dan bersedih di atas apa yang berlaku. Terimalah dengan penuh keredhaan dan insaf. Percaya dan yakinlah sesuatu yang
berlaku itu ada hikmahnya, mungkin juga kifarah Allah ke atas diri kita. Dan kebenaran itu selalunya lambat tiba. Ia selalu saya ibaratkan seperti kereta
api malam, yang sering kali lewat tiba tetapi ia tidak tetap akan sampai dan tidak sesekali pernah mungkiri kepada setesennya.

Jangan menangis duhai putra Musa, dakaplah kenangan bersama Tokgurumu dan keriduan kepadanya jadikan penawar mujarab untuk mengubati segala kesadisan yang
kamu terima selama ini. Senyum dan tersenyumlah kandati pun dengan penuh kejadaman. Kepada Ahmad Yaakub good luck. [wm.kl.4:09 pm 25/06/15]

Disesuaikan Dari
mso melayu

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Islam terus berpecah kerana agenda tulin islam itu sendiri. Yang tulin akan menempuhi proses demi proses hingga terdedah ketulenannya. Yang terurai sengaja diurai, menguraikan diri adalah yang terkeluar.Seperti 73 golongan yang diterima hanya satu. Yang menolak hudud atau yang ingin menguruskan hudud. Atau bekerja dengan penolak hudud.

Tanpa Nama berkata...

perjuang hudud dgn maki hamun label sana sini.

bertahun2 cita hudud, hududnya tk jalan juga. takkan ada 'penentang' hudud yg akan merusuh kerana hudud, semua mesti berlandas undang2. so cepatlah laksana hudud. rakyat pun tknk berdosa.

asas hudud 1 je.. seperti sabda Baginda saw, 'Kalau Fatimah binti Rasulullah pun mencuri, aku akan potong tangannya'.

kalau sudah mampu laksana tanpa pilih kasih, termaktub dlm hudud yg nk dibentangkan tu keadilan meliputi semua tk kira pembesar atau rakyat biasa, maka silalah laksana hudud.

if not... elok diteliti betul2 dulu, jgn mencemar nama Islam