Sebaliknya kata beliau keputusan itu dibuat kerana mengambil kira kemahuan akar umbi serta keadaan semasa politik yang berlaku dalam negara.
Sebelum itu Tengku Adnan ditemui media di Setiawangsa untuk mendapatkan pandangannya mengenai keputusan Umno menangguhkan pemilihan yang sepatutnya diadakan
tahun depan.
Sesetengah pihak berpendapat keputusan penangguhan selama 18 bulan itu dibuat bagi memberi lebih banyak masa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
menyelesaikan kemelut melanda 1MDB.
"Tidak, tidak. Ia tak ada kena mengena dengan apa-apa masalah," katanya.
Semalam Majlis Tertinggi (MT) Umno bersetuju
menunda pemilihan parti
itu selama 18 bulan.
Pemilihan itu sepatutnya berlangsung dalam perhimpunan agung tahun depan.
Ketika mengumumkan perkara itu Najib berkata, ia adalah sebahagian daripada langkah mengukuhkan parti serta BN menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Tengku Adnan juga menafikan penangguhan pemilihan itu adalah kemahuan MT sebaliknya dibuat selepas parti itu "merasai nadi ahli Umno".
"Rata-rata apabila ahli MT turun (padang), mereka menyuarakan, disebabkan masalah sedang berlaku dalam negara kita mereka menyarankan kita tangguhkan pemilihan
selama 18 bulan," katanya.
Umno juga, kata Tengku Adnan, mengadakan bengkel di Janda Baik dan dihadiri 207 daripada 221 bahagian Umno di seluruh negara baru-baru ini.
"Semua setiausaha (bahagian) hadir, semua sebulat suara mahu pemilihan ditangguhkan. Parti berpendapat lebih baik kita menumpukan kepada permasalahan sedia
ada dan pilihan raya akan datang.
"Apabila buat pemilihan akan ada macam-macam masalah," katanya.
* buat la bila pun, Najib sudah jadi liabiliti kepada UMNO. Malah jika dibuat 10 tahun lagi sekalipun akan timbul bala bencana kepada rakyat Malaysia yang menanggung segala kesusahan di bawah pemerintahan UMNO.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan