Khamis, 4 Jun 2015

Shafie dan Hishammuddin, dua Menteri yang bakal meletakkan jawatan dalam kabinet?

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan mereka akan meletakkan jawatan dalam Kabinet berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) seperti yang dilaporkan beberapa portal berita dan blog.

Kedua-dua Naib Presiden UMNO itu masing-masing membuat penafian berkenaan hari ini ketika ditemui pemberita dalam dua majlis berasingan.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Pendidik MARA di sini mempersoalkan mengapa beliau perlu melepaskan jawatan hanya kerana menyuarakan isu berkaitan rakyat.

"Menjadi tanggungjawab saya memberi penerangan kepada orang ramai berhubung kemelut yang melanda 1MDB.

"Saya bercakap mengenai perkara yang mempunyai kepentingan kepada rakyat, bagaimanapun ada yang mengkritik mengenainya. Mengapa perlu saya meletakkan jawatan," katanya.

Desas-desus peletakan jawatan kedua-dua pemimpin itu tersebar sejak Selasa lalu menerusi penulisan blogger politik tempatan. Khabar angin itu menyatakan Hishammuddin akan melepaskan jawatannya dalam tempoh 48 jam sebelum hari ini dan diikuti seorang lagi menteri.

Ia susulan reaksi terhadap laporan berhubung 'kata dua' yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada jemaah menteri dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu yang meminta semua menteri bersama beliau berhubung isu 1MDB atau meletakkan jawatan.

Sementara itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan yakin ada pihak yang cuba melaga-lagakan proses pengendalian dan penjelasan isu yang mendapat perhatian rakyat.

"Sesetengah pihak memutar belit secara negatif kenyataan saya dan berniat melaga-lagakan kami, .. saya percaya ia (tindakan tidak bertanggungjawab) tidak akan berjaya.

"Tidak timbul isu letak jawatan. Isu (1MDB) sudah dibincang dalam Kabinet. Jadi, desas-desus melaga-lagakan kami adalah satu perkara yang tidak masuk akal. Mereka tidak mahu melihat kami bergerak sebagai satu pasukan," katanya.

Kan aku dah kata, mustahil ada pemimpin UMNO akan meletakkan jawatannya dalam kabinet.

Menteri kabinet letak jawatan | lihat sini

Apa yang ditimbulkan hanya gimik politik.


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: