Rabu, 1 Julai 2015

'Anwar ada ketumbuhan 4cm di buah pinggang'

'Anwar ada ketumbuhan 4cm di buah pinggang'

Peguam kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa untuk mengeluarkan beliau dari penjara dan menempatkan tokoh itu bawah tahanan
rumah.

Ini bagi membolehkan bekas ketua pembangkang itu mendapat rawatan kesihatan.

Dalam kenyataan akhbar hari ini, Peguam Sivarasa Rasiah dan Jared Genser berkata tahap kesihatan Anwar "semakin teruk dan amat membimbangkan" kerana beliau
dinafikan rawatan perubatan yang sesuai.

Sivarasa dan Genser berkata Anwar kehilangan 6kg sejak penahanannya pada 10 Februari dan mengalami tekanan darah yang tidak menentu, ketumbuhan 4cm di
buah pinggang, otot bahu yang terkoyak dan artritis kronik.

Antara rawatan lain, peguam berkata, Anwar memerlukan diet tanpa gluten dan fisioterapi intensif, yang tidak dapat ditawarkan di penjara Sungai Buloh.

Ini disimpulkan selepas Anwar dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur pada 2 Jun, di mana beliau telah ditempatkan selama dua hari.

"Para doktor melaporkan secara lisan bahawa beliau memerlukan penilaian dan rawatan lebih lanjut berkaitan beberapa isu kesihatan.

"Pihak penjara berkata ia masih belum menerima sebarang laporan kesihatan dari pihak hospital yang meminta ujian lanjut," kata peguam Anwar itu.

Dalam kenyataan itu juga, Sivarasa dan Genser berkata Anwar ditempatkan dalam kurungan bersendirian dengan disediakan baldi untk mandi dan tandas cangkung.

Mereka juga berkata keadaan panas dan lembab dengan pengudaraan yang menimum memburukkan lagi masalah kesihatan beliau.

* UMNO: siapa suruh liwat, mungkin itu jawapan mereka. Kita semak dulu prosuder penjara.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: