Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta supaya bertindak tanpa pilih kasih terhadap sebarang aduan yang dibuat rakyat.
Teguran berkenaan dibuat bekas Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Beliau merujuk kepada kenyataan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang meminta Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membuat laporan Polis dan SPRM berhubung beberapa
isu yang dibangkit mantan Perdana Menteri itu, termasuk 1MDB.
“Tunku Aziz jangan merapu!!! Apa perlu Tun Dr Mahathir buat laporan Polis dan SPRM lagi?? Inikah sikap SPRM yang hanya memilih personaliti tertentu buat
aduan secara rasmi baru nak bertindak!! Tunku Aziz dalam kenyataannya menyuruh Tun Dr Mahathir untuk buat laporan bersifat kebudak-budakan!!
“Tunku Aziz ni sewaktu dalam DAP bercakap lain tetapi kini bernada lain pulak!!, tempelak Khairuddin dalam kenyataannya kepada FMT.
Beliau berkata, isu Dr Mahathir perlu membuat laporan kepada SPRM tidak perlu timbul kerana beliau sendiri telah beberapa kali membuat laporan kepada pihak
berkaitan berhubung perkara yang dibangkitkan Dr Mahathir.
“Pada hemat peribadi saya, Tunku Aziz harus bersikap rasional dan harus terima hakikat bahawa saya telah beberapa kali membuat laporan Polis juga aduan
kepada SPRM, PAC, Bank Negara serta kedutaan Amerika Syarikat mengenai kes 1MDB.
“Tanpa memilih bulu seperti Tunku Aziz, sekurang-kurangnya saya telah membuat laporan polis ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin,
Arul Kanda Kandasamy, Jho Low serta keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB. Tak cukup lagi kah?, soalnya.
Terkilan dengan pandangan berkenaan, Khairuddin mengingatkan Tunku Abdul Aziz supaya tidak mengulangi kesilapan yang dibuat Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan
Sri Abu Kassim Mohamed dengan mengeluarkan kenyataan bahawa badan itu hanya akan bertindak selepas Ketua Audit Negara selesai menyiasat kes 1MDB.
Katanya, beberapa kenyataan dan laporan yang dibuatnnya kepada badan itu sehingga kini tidak menampakkan sebarang hasil.
Beliau membangkitkan persoalan, apakah SPRM akan menunggu orang kenamaan seperti Dr Mahathir membuat laporan, baru akan mengambil tindakan.
“ Laporan saya ni tak laku atau tak sah kah pada SPRM? Saya amat tidak faham dengan kenyataan Tunku Aziz ini”, soalnya .
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
2 respon:
Sudah masyukkk maaa..apa mau siasatan lagi..pergi mampos laaa..
TAZ berani bertindak ke ???..You Help Me. I Help You...ok..oook...oookk.
Catat Ulasan