Polis perlu tentukan sama ada mereka siasatan kes dokumen bocor pembelian tanah antara TH dan 1MDB boleh diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi, kata bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib.
Sebelum menyiasat mereka yang bertanggungjawab membocorkan dokumen perjanjian tanah antara Lembaga Tabung Haji (TH) - 1Malaysia Development Berhad (1MDB), polis terlebih dulu perlu menentukan sama ada ia diklasifikasikan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) atau tidak, kata bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib.
"Persoalan seterusnya ialah, siapa yang mengklasifikasikan dokumen itu sebagai rahsia," katanya sambil menambah, mengikut undang-undang mesti ada pegawai yang bertanggungjawab mengklasifikasikan sesuatu dokumen.
Talib berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam pegawai penyiasat akan meneliti peruntukan dalam OSA bagi mendakwa dalang yang terbabit membocorkan kandungan dokumen itu.
Beliau yang merupakan ketua peguam negara selama 13 tahun sehingga 1993 berkata, sama ada jenayah dilakukan mengikut OSA atau tidak, ia hanya boleh ditentukan selepas siasatan selesai dijalankan.
"Tetapi, bagi tujuan penyiasatan, kes berkenaan boleh diklasifikasikan mengikut OSA," katanya.
Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Akhbar Satar turut melahirkan kebimbangan berhubung penggunaan OSA dalam kes itu, mengatakan penyiasatan itu satu contoh bagaimana OSA boleh "disalahgunakan untuk tujuan salah".
"Dalam kes ini, pemberi maklumat mesti dilindungi tanpa ancaman OSA akan digunakan terhadap mereka," kata Akhbar dalam satu kenyataan semalam.
"Sebaliknya keutamaan perlu diberikan untuk menyiasat sama ada sebarang penyelewengan berlaku dalam urus niaga perniagaan itu, jika pembelian itu dibuat mengikut prosedur standard dan jika harga yang dibayar TH munasabah dan adil," katanya.
Khalid berkata, klasifikasi itu dibuat selepas meneliti laporan polis yang dibuat Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Johan Abdullah.
Beliau berkata, polis akan memanggil mereka yang dikenal pasti dalam kes itu, termasuk pegawai tertinggi TH untuk disoal siasat tidak lama lagi.
Abu Talib berkata, tiada halangan terhadap pihak polis untuk mengklasifikasikan semula kes ini sekiranya ketika menjalankan siasatan, didapati wujud kesalahan lain.
"Pada kesudahannya, kita harus ingat, pendakwa raya yang akan memutuskan sama ada terdapat bukti mencukupi untuk mendakwa seseorang melakukan jenayah," katanya.
Johan semalam membuat laporan polis mengenai data tidak tepat disiarkan blog "The Benchmark" yang mendakwa badan pengelola dana simpanan haji itu membeli dua bidang tanah dalam projek Tun Razak Exchange (TRX) milik 1MDB dengan nilai sejumlah RM772 juta secara tunai sedangkan pembelian itu mendapat "potongan" harga pada RM188.5 juta.
Dalam laporan polis itu, Johan berkata, tanah seluas 67,954 kaki persegi dibeli untuk membina sebuah pangsapuri mewah dan menafikan yang TH dalam proses mendapatkan Signature Tower seperti yang didakwa blog tidak dikenali itu.
Beliau berkata, pelaburan itu dilakukan mengikut garis panduan sebenar dan mendapat kelulusan yang betul.
Pembangunan pangsapuri mewah itu akan dibangunkan Tabung Haji Properties Sdn Bhd.
Blog tidak dikenali itu mendakwa TH membeli dua plot tanah menggunakan dana pendeposit dan membeli tanah itu pada nilai yang jauh lebih mahal daripada yang dibayar 1MDB, sebaliknya perkara itu dinafikan badan itu.
Menurut blog itu, 1MDB Real Estate Bhd memperoleh tanah bagi pembinaan TRX pada harga RM64 satu kaki persegi daripada kerajaan persekutuan.
Johan turut menyatakan dalam laporan polis itu kebocoran dokumen sulit tidak membuktikan cadangan itu diluluskan dan bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995.
Isu 1MDB menjadi kontroversi besar selepas menanggung hutang yang banyak iaitu kira-kira RM42 bilion malah kerajaan juga mengakui syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan itu sedang mengalami masalah aliran tunai.
Sementara itu, peguam Haresh Mahadevan berkata polis perlu menjelaskan mengapa ada keperluan untuk mengklasifikasikan satu perjanjian jual beli yang melibatkan penggunaan dana simpanan haji.
"Polis harus mencari siapa menteri atau wakilnya yang mengklasifikasikan dokumen tersebut," katanya sambil menambah, perjanjian itu menimbulkan lebih banyak persoalan yang perlu dijawab.
Hareshi ialah salah salah seorang peguam yang berjaya mendapatkan pembebasan bagi 2 guru sekolah rendah yang memiliki salinan kertas peperiksaan ujian pencapaian sekolah rendah (UPSR) tahun lepas tanpa kebenaran.
Subbarau Kamalanathan dan Murugan Palanisamy didakwa mengikut OSA yang boleh dijatuhkan hukuman penjara selama 1 hingga 7 tahun.
Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen Seremban membebaskan kedua-dua tertuduh tanpa dipanggil membela diri.
Salah satu sebabnya ialah, pihak pendakwaan gagal mengemukakan kepada mahkamah satu pewartaan menyatakan menteri pendidikan memberi kuasa kepada ketua sindiket pemeriksaan mengklasifikasikan kertas peperiksaan itu
sebagai "sulit". – 9 Mei, 2015.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
3 respon:
bila dikatakan "macai" melenting2 macam babi gila
Bila pilih ketua yg tak betul, yg akan jadi mangsa ialah kita sendiri. Tapi org amno mana ada otak.
Kita dah pangkah dia, dia lunyaikan simpanan haji kita pulak
KPN patut pi sekolah balik. kerana membenarkan penyalahgunaan harta benda rakyat oleh pengkhianat negara. lps tu nak lindungi pengkhianat bangsat negara, cdgkan OSA kpd rakyat yg prihatin, kalau gitu habis semua harta rakyat kena rompak cara undang-undang , then mengampu pulak gunakan OSA. Laknatullah betullah.
Catat Ulasan