Isnin, 11 Mei 2015

Skandal TH: Bukan hanya tanah tapi ada kes lain juga?

PAS hari ini mendesak kerajaan memberi penjelasan apakah benar Lembaga Tabung Haji (TH) membeli RM1.6 bilion Sukuk 1MDB Bandar Malaysia sebelum membeli plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang kini menjadi pertikaian.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menurut cadangan perjanjian yang didedahkan blog The Benchmark, risiko yang perlu ditanggung TH ialah sebanyak RM4.8 bilion jika pembelian dua plot tanah TRX dan pembangunan itu direalisasikan.

"Namun, apa yang menarik, RM3.2 bilion ialah risiko daripada pembelian tanah, manakala RM1.6 bilion ialah risiko daripada pelaburan TH sedia ada di dalam Sukuk 1MDB Bandar Malaysia," kata naib presiden PAS itu dalam satu kenyataannya hari ini.

Apakah ini bermakna TH sudah melaburkan duit sebanyak RM1.6 bilion di dalam 1MDB sebelum kontroversi pembelian tanah TRX daripada 1MDB meletus, soalnya. Menurut dokumen itu, pada 18 Februari 2014, 1MDB mengumumkan menjual sukuk Bandar Malaysia bernilai RM2.4 bilion. "Jika dakwaan di atas benar, ini bermakna TH membiayai 66% daripada sukuk yang dikemukakan 1MDB," kata Tuan Ibrahim.

Sehubungan itu, PAS menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi lembaga penasihat 1MDB, dan Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, tampil menafikan perkara ini sekiranya ia tidak benar.

"Sekiranya ia benar, apakah status pelaburan sukuk ini? Apakah ia sudah memberikan pulangan atau sudah digunakan untuk membayar hutang 1MDB yang bertimbun sehingga perlunya TH membeli tanah TRX daripada 1MDB?

"Apakah ini cara pemimpin Umno menggunakan duit TH? 1MDB menggali hutang, Tabung Haji diguna untuk menutupnya?" soal pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi.

TH sebelum ini membuat laporan polis berikutan pendedahan blog berkenaan terhadap dokumen sulitnya yang membawa implikasi dokumen itu disahkan sebagai tulen.

TH mengesahkan pembelian hanya satu tanah di TRX tetapi tidak mengesahkan pembelian satu lagi tanah serta pembelian sukuk itu. - TMI.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Alias Dasuki berkata...

Tahniah. Usaha membangkitkan masalah semasa begini telah lama ditunggukan dari PAS. Kegagalannya membabit diri secara lantang dalam persoalan semasa selama ini menggambarkan seolah-olah PAS tidak mampu untuk turut serta mendepani masalah sejagat disebalik keghairahannya untuk turut serta meneraju pemerintahan Negara. Peluang tidak diexploit secukupnya dalam isu FELDA/FGV, GST, EPF, dan sekarang 1MDB dan LTH umpamanya. Isu FGV tidak harus dibebankan kpd sdr Mazlan Aliman semata-mata, dan Presiden tidak cukup dengan hanya menunjukkan kepakaran dalam bidang ugama sahaja. Usaha mengawal pengeluaran tabungan EPF perlu kritikan lantang dan isu mengapa belanja Haji harus lebih tinggi dari melancong ke London serta samada keperluan menunggu berpuluh tahun sebelum menunai haji tidak satu mainan harus diketengah kan secara serious. Dari pendedahan akhir-akhir ini, LTH dilihat lebih minat mencari keuntungan daripada mengurus keperluan asas bakal haji.

Tanpa Nama berkata...

Apa-apa pun adalah kesalahan mengambil keputusan menggunakan duit rakyat dengan cara menggunakan kuasa, cuba pakai duit sendiri, baru orang tak pertikai. Dulu masa Felda pun janji setinggi langit. Skrg apa dah jadi dgn Felda. Allah benci dan murka dengan makhluk sebegini. janganlah kita semua sokong yg membawa rebah, nak jaga hati, nak sgt pertahankan BN. Wahai hamba Allah yg tak mahu jadi Munafik, berubahlah ..hentikanlah percaturan makhluk sebegini, KAU tunjukkanlah apa yg sebaiknya walau pun KAU takdirkan pertukaran tampuk kepimpinan negara Malaysia ni. Ni sj negeri yg orang melayu ada.