Sabtu, 9 Mei 2015

Dia ni ke barua UMNO?

Menurutnya beliau mewakili 14,000 pegawai awam polis di seluruh negara dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Azmin itu.


Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (Pacsu) hari ini membuat satu laporan polis berhubung kenyataan Menteri
Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang didakwa menghina Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini.

Azmin didakwa menghina Khalid dengan menggelarnya 'barua Umno' dalam satu ceramah di Permatang Pauh, baru-baru ini.

Laporan polis itu dibuat pada 10 malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi oleh Presiden Pacsu, Mahamad Bahrum bersama 11 anggota jawatankuasa
Pusat dan Lembah Kelang bagi menyatakan pendirian mereka terhadap isu terbabit.

Menurutnya beliau mewakili 14,000 pegawai awam polis di seluruh negara dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Azmin itu.

"Kami meminta Azmin memohon maaf kepada seluruh anggota polis terutamanya kepada Ketua Polis Negara serta menarik semula kata-katanya," katanya kepada
pemberita di ibunegara hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

- Bernama

* dekat dunia boleh buat apa saja untuk halalkan rasuah ke apa ke ... tapi tunggu kat sana.... pantau juga polis yang terima $$$$$$

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

orgkampongok berkata...

Azmin, dont backup, bia kan mereka da kwa..you got nothing to worry..tell the judge that you were only asking...IGP is to serve the rakyat or become ammo 'barua' (servant) ....so jawab la, yg mana satu...bukan pun tuduh IGP barua...

orgkampongok berkata...

Azmin, dont backup, bia kan mereka da kwa..you got nothing to worry..tell the judge that you were only asking...IGP is to serve the rakyat or become ammo 'barua' (servant) ....so jawab la, yg mana satu...bukan pun tuduh IGP barua...

Tanpa Nama berkata...

Hukum Pengurusan Tabung Haji:
Jika anda berfikir ada pihak yang akan menghukum Pengurusan TH, anda silap. Kita yang harus menghukum mereka. Saya dan anda. Bagaimana? Beraturlah. Jangan pegang sepanduk, jangan bersuara, jangan marah, jangan maki. Hanya bawa buku pelaburan. Pindahkan caruman anda ke institusi kewangan yang lain. Saya cadangkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) atau mana-mana institusi kewangan yang menawarkan produk atau pelaburan yang mematuhi sistem perbankan Islam.

Ini harus berterusan sehingga pengerusi dan ahli lembaga pengarah yang terlibat meletak jawatan. Jika anda mengeluarkan semua wang anda, mereka tiada pillihan, selain daripada melepaskan jawantan mereka. Ini adalah hukuman kepada TH dan amaran kepada yang lain