Sabtu, 30 Mei 2015

Najib umum berita gembira buat rakyat Padang Besar

Hai hai hai .. bergembiralah rakyat Perlis atas pengumuman Najib Razak meluluskan pembinaan Hospital Padang Besar.

Tapi nanti dulu ....

Bila nak siap ... semak hospital yang diumumkan seluruh negara. Kapan bila akan siap...?

Okey okey .. berterima kasihlah juga kerana Najib Razak telah berjanji meluluskan pembinaannya.

Cuma kita sedikit musykil, kenapa tetiba dia umum tatkala tragedi memalukan di Perlis sedang panas sekarang??? Tragedi apa lagi kalau bukan tragedi pendatang asing yang dikuburkan di Perlis.
KANGAR: Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan kelulusan projek pembinaan Hospital Padang Besar, yang disifatkan sebagai projek yang sudah sekian lama ditunggu-tunggu rakyat Perlis.

Tanpa mengumumkan jumlah peruntukan, Perdana Menteri berkata, projek Hospital Padang Besar adalah hadiah tambahan kepada rakyat Perlis selain dua projek utama yang diumumkan beliau melalui Bajet RMKe-11, baru-baru ini.

"Saya prihatin dengan keperluan dari segi projek utama yang nak dilaksanakan di Perlis. Pada prinsipnya, pembangunan Lembah Chuping dan Hab Logistik Padang Besar sudah dapat kelulusan Kerajaan Persekutuan walaupun nilai peruntukan belum diputuskan.

"Hari ini, satu lagi saya nak umumkan untuk Perlis iaitu projek Hospital Padang Besar akan diluluskan.. dah lama orang Padang Besar dok tunggu, jadi hari ni saya umumkan kelulusannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Perlis di Dewan 2020, di sini.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: