Khamis, 7 Mei 2015

Mau tak pucat lesi Najib dan Ahmad Maslan dengan berita ini?

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim menegur kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat.

"Saya minta kerajaan negeri dan PBT supaya tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat dan meminta pengecualian daripada kerajaan persekutuan," titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan ketiga Dun Johor ke-13, di sini hari ini.

Baginda bertitah adalah tidak masuk akal untuk mengenakan GST ke atas perkhidmatan sedemikian memandangkan perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar ia menjadi beban kepada rakyat.

Pelaksanaan GST yang bermula sebulan lepas juga harus sentiasa diteliti dan dikaji mengikut kesesuaian keadaan, titah baginda .

Mengenai pelaksanaannya, baginda bertitah kajian mendalam telah pun dibuat oleh kerajaan persekutuan sebelum sistem percukaian itu diluluskan, demi kepentingan kerajaan dan rakyat juga.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek dilaporkan sebagai berkata sebanyak 2,405 pegawai dan anggota penguat kuasa kementerian itu dibekukan cuti sejak sebulan lepas bagi memastikan setiap aduan mengenai pelaksanaan GST diambil tindakan.

KPDNKK turut melantik 427 orang anggota penguat kuasa baru-baru ini untuk memantau aduan orang ramai.

Setakat 30 April, KPDNKK telah mengeluarkan 1,026 notis menerusi Ops Catut membabitkan kesalahan menaikkan harga barang. Persidangan Dun akan bermula Ahad ini hingga 18 Mei.

Turut berangkat ke majlis perasmian ialah Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim. – Bernama



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

orgkampongok berkata...

Patut tuanku sultan tamau Salam dgn matmaslan hari tu..ada kes rupanya..kah kah

Tanpa Nama berkata...

inilah sultan berjiwa rakyat dan merasai keperitan rakyat, Daulat Tuanku!

Tanpa Nama berkata...

Alangkah bagusnya jika perdana menteri sekarang berfikir seperti sultan ini. Tabik hormat kepada Sultan Johor...

Tanpa Nama berkata...

Betul kata-kata Sultan Johor tu, kan semua rakyat dari dulu-dulu lagi yang membentuk Kerajaan melalui Pilihanraya yang mana rakyat juga yang membuat pilihan, so kalau mereka semua dipilih oleh rakyat juga, so jgn tunjuk pandai-pandai mengenakan rakyat balik, rakyat dah banyak bersabar dgn kerajaan yg ada, apa yg rakyat tak bayar, Cukai Tanah, Cukai Pintu, Cukai Pendapatan, Cukai tak langsung (keatas barangan yg dibeli dah sedia ada cukai), Cukai Jalan, Interest PTPTN, Bayar minyak naik, harga barang naik, ni tak termasuk faedah yg kerajaan dapat dari simpanan KWSP dianggarkan 12.5 juta pekerja yang menyimpan dlm KWSP, Potongan Perkeso, Cukai Duti Kastam double dari harga asal, macam-macam lagi rakyat kena tanggung. Kerajaan buat h/way guna Dana Rakyat, rakyat juga kena bayar tol, kita bimbang termakan hasutan hidup melayu, kearah negara maju, rakyat didahulukan lah, UMNO tempat berteduh dan bengantung org melayulah... sampai lari akidah ramai orang melayu. Kalau nak memerintah kerajaan, mesti pandai memelihara rakyat bukan dah berkuasa mcm kerajaan depa punya...senang2 main naikkan harga, dahlah menipu rakyat, merugikan duit rakyat, skrg menjahanamkan negara pulak..so fikir-fikirkan lah...... ingat sebelum mati apa nak jawab depan Allah.