Khamis, 7 Mei 2015

Keputusan PRK Permatang Pauh 07 Mei 2015 | PKR menang dengan majoriti 8,841

Tahniah kepada semua terutama pengundi Permatang Pauh yang jelas menolak UMNO-BN. Tolak UMNO tolak GST. Tolak pembaziran. Tolak penyelewengan. Tolak kezaliman.

Aku rasa berbaloi, update info dari masa ke semasa. Walaupun aku tak turun padang berkempen, tapi cukup dari sini aku sumbang sesuatu untuk pakatan rakyat. Lihat juga info 75 kesalahan / penyelewengan UMNO kat bawah yang aku cari.

Mudaha-mudahan kita Berjaya menumbangkan rejim UMNO/BN pada PRU14 nanti.

  • KEPUTUSAN TERKINI PRK PERMATANG PAUH 2015

Keputusan Rasmi PRK Permatang Pauh 07 Mei 2015


10.17pm: KEPUTUSAN RASMI

BN- 21,475
bebas- 367
PKR - 30,316
PRM- 101
Majoriti: 8,841

Dalam pilihan raya umum lalu Anwar menewaskan calonBN Mazlan Ismail dan Abdullah Zawawi Samsudin dengan majoriti 11,721 undi.

9.56pm: Walaupun kecewa, Pengarah Pilihan Raya BN Datuk Seri Zahid Hamidi dan calon Suhaimi Sabudin menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil itu dengan hati terbuka.

9.37pm Calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba di Pusat Penjumlahan Undi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam pada jam 9 malam.

Beliau memasuki dewan IKBN dan diiringi pimpinan Pakatan antaranya Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Pimpinan Pakatan yang tiba lebih awal dari Wan Azizah di dewan ini ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Kesemua pimpinan dilihat berbual sesama mereka sambil tersenyum. Malah, DAP Pulau Pinang turut menghadiahkan Wan Azizah sejambak bunga sebagai simbol "kemenangan".

5.00 petang: Semua 245 pusat mengundi dengan 130 saluran ditutup secara rasmi.

4.30 petang: Jumlah pengundi keluar mengundi sehingga pukul 4 petang ialah sebanyak 49.334 iaitu 69 peratus.

3.30 petang: Jumlah pengundi keluar mengundi sehingga pukul 3 petang ialah sebanyak 45.333 iaitu 63.06 peratus
2.30 petang: Jumlah pengundi keluar mengundi sehingga pukul 2 petang ialah sebanyak 40,173 iaitu 55.88 peratus.



2.00 petang : Penyokong PKR dan BN bergaduh di SMK Guar Perahu.

Permatang Pauh: Ada berakhir di hospital



Berlaku pergaduhan antara penyokong BN, PKR dan pihak polis di sebuah sekolah di Permatang Pauh.

Ia menyaksikan terdapat penyokong yang cedera semasa pergaduhan itu telah dihantar ke hospital.

Susulan itu, kelihatan lapan buah trak polis berada di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat ditempatkan di kawasan itu menjelang jam 1 petang tadi.

Puluhan anggota polis antirusuhan berkawal di hadapan sekolah tersebut.

Seramai kira-kira 200 penyokong BN dan PKR berada bertentangan jalan di sekitar Tanah Liat.

Turut kelihatan exco Pemuda Umno Arman Azha Abu Hanifah dan dan Ibdilillah Ishak dalam kalangan penyokong BN.

Berlaku juga perang mulut antara penyokong BN dan PKR.

http://m.malaysiakini.com/news/297523

Kronologi pembuangan Undi PRK Permatang Pauh 2015



1.43 tengah hari: Jumlah pengundi yang keluar mengundi setakat ini ini ialah sebanyak 35,752 iaitu 49.73 peratus.

1.00 tengah hari: Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di SK Tanah Liat untuk mengawal keadaan yang kecoh.

12.58 tengah hari: Seorang petugas media dari KLXpress, Mahathir Mohammad cedera selepas dipukul dalam kekecohan di SK Tanah Liat.

11.46 pagi: Jumlah pengundi yang telah keluar mengundi setakat pukul 11 pagi ialah sebanyak 24,042 iaitu 33.44 peratus.

11.50am Pengarah Pilihan Raya DAP Steven Sim mendakwa terdapat kes pengundi hantu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jit Sin.

11.46 pagi: Jumlah pengundi yang telah keluar mengundi setakat pukul 11 pagi ialah sebanyak 24,042 iaitu 33.44 peratus.

11.10 pagi: Lalu lintas sesak teruk sejauh 4 kilometer dari SK Seri Penanti ke Sekolah Menengah Islam Al-Masriyah.

11.05: Aksi penyokong BN berperang mulut dengan pengikut PKR.



Dua kumpulan peraih undi Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa disuraikan oleh pihak polis di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa pada jam 9.40 pagi tadi.

Situasi yang sama berlaku di Sekolah Kebangsaan Penanti apabila kedua-dua kumpulan peraih undi hampir bertindak agresif sehingga terpaksa ditenangkan anggota polis yang bertugas.

Petugas media yang membuat liputan di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2 turut dicerca peraih undi PKR menyebabkan berlakunya pertengkaran kecil namun situasi dapat dikawal anggota polis tidak lama kemudian

11.03 pagi: Jumlah pengundi keluar mengundi setakat 10 pagi ialah sebanyak 16,324 iaitu 22.91 peratus.

10.30 pagi : Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Azman Shah Othman tiba di pusat mengundi SJK (C) Lay Keow. Beliau bukan pengundi di Perlimen Permatang Pauh.

9.15 pagi: Penyokong PKR dan BN mula berperang mulut.

8.40 pagi: Dr Wan Azizah selesai mengundi.

8.32 pagi: Calon PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di SK Penanti untuk membuang undi.

8.15: Calon tertua di Parlimen Permatang Pauh, Othman Daud,103, selesai mengundi SK Seri Penanti.

8.10 pagi: Calon BN, Suhaimi Sabudin selesai mengundi.

8.05 pagi: Calon BN, Suhaimi Sabudin memasuki perkarangan SMK Guar Perahu pada 8:05pagi untuk membuang undi.

8.05 pagi: Sambutan menggalakkan, orang ramai tiba awal untuk tunaikan tanggungjawab.

8.00 pagi: Semua 25 pusat mengundi dibuka membabitkan 130 saluran.

7.30 pagi: Pengundi dilihat mula menunggu di luar pusat mengundi di SK Seri Penanti.

7.00 pagi: Penyokong parti mula berkumpul di pusat-pusat mengundi seperti SK Seri Penanti, SMK Permatang Tok Kandu, SMK Guar Perahu dan beberapa lokasi lain.

Pengundi hantu punca 2 pengundi asal gagal buang undi


BUKIT MERTAJAM 7 MEI: Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin mendedahkan kewujudan pengundi hantu di salah sebuah pusat pengundian dekat Bukit Mertajam pagi ini.

Tan Soo Eng merupakan pengundi sebenar

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru itu, dua kes pengundi hantu berjaya dikesan apabila dua pengundi asal Parlimen Permatang Pauh yang hadir untuk membuang undi gagal berbuat demikian selepas nama mereka didapati telah digunakan oleh individu yang tidak diketahui.

Faridah juga merupakan pengundi asalSehingga kini, kedua-dua pengundi asal masih menunggu peguam masing-masing bersama Ketua Biro Wanita Muda Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Ginie Lim dan Adun Kebun Bungah, Cheah Kah Peng.

Sementara itu, Pengarah Strategi AMK, Akmal Nasir memaklumkan, petugas KEADILAN akan menjalankan siasatan bagi mendapatkan pengesahan lanjut.

“Kita belum ada maklumat lanjut, dan kita memandang serius perkara ini. Petugas kita akan siasat perkara ini,” katanya kepada Keadilan Daily.

~ keadilan daily



75 kesalahan UMNO dan kenapa perlu tolak UMNO


Selain bebebanan UMNO ke atas rakyat melalui GST. Banyak lagi sejarah yang perlu kita tahu mengenai pembaziran yang dilakukan oleh UMNO. Hutang berjumlah lebih RM800 billion dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Mereka meletakkan kesalahan mereka di atas rakyat. GST harga barang lebih murah hanya janji kosong. Tak perlu pegi jauh, beli kad prabayar RM10. Kenapa peru bayar RM10.60. Naik ke turun abang adik kakak semua???

Ke mana janji Najib, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? Malang jika anda terpengaruh dengan provokasi 'hudud' yang melanda Permatang Pauh sekarang. Jangan fikirkan perbezaan itu sekarang. Sekurang-kuranngnya PAS juga berusaha. UMNO berusaha bagaimana untuk hudud? Rakan kongsi PAS seperti PKR dan DAP perlu kita tangani dengan bijaksana.

  • keputusan terkini plihanraya kecil (PRK) Permatang Pauh 2015

Sebelum melelapkan mata dan membuang undi esok, lihatlah dibawah dengan menekan butang papar antara 75 kesalahan UMNO-BN. Selamatkan generasi kita.




1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.
2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.
3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.
4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.
5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.
6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.
7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.
8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.
9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta
10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.
11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.
12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.
13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.
14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.
15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.
16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.
17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.
18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.
19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.
20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyak RM1.8 billion.
21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.
22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.
23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.
24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)
25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.
26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).
27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.
28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.
29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?
30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)
31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.
33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan. Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.
34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.
35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.
36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.
37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.
38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta
39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara
40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.
41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal
42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.
43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.
44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)
45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.
46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.
47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.
48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.
49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.
50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyak RM8.3 juta.
51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.
52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.
53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.
54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.
Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat. Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.
55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)
56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)
57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)
58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)
59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)
60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*) (*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.
61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.
62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)
63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?
64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.
65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.
66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.
67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion
68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!
69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100 untuk sehari semalam.
70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.
72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.
73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.
74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000 sebulan.
75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

sumber asal

AMARAN: tidak semua fakta tepat 100%, namun tidak juga kita boleh pandang sebelah mata. Maka memang kita sebagai pengundi wajib tolak UMNO-BN. Kasihanilah generasi kita akan datang.


Insiden pergaduhan penyokong pakatan rakyat


Menjelang pembuangan undi esok dan menanti
  • keputusan pilihanraya kecil (PRK) Permatang Pauh 2015
memang sungguh mendebarkan. Lagi terkejut kita bila di hari terakhir kempen, dua kumpulan penyokong pembangkang bergaduh sesama sendiri.

hai hai hai ... siapa perancana di sebalik semua ini ..? Apakah ianya akan memberi impak kepada
  • keputusan pilihanraya Permatang Pauh 2015
esok kepada pakatan rakyat?

{baca lagi dan tonton video dengan klik butang papar ... }







Memasuki hari terakhir berkempen, berlaku kekecohan antara kumpulan yang mengaku diri mereka sebagai "proulama" dengan penduduk Kampung Kubang Semang, Permatang Pauh.

Kira-kira jam 5 petang, kumpulan yang diketuai Ketua Penerangan PAS Bagan Azmi Jaafar bersama kira-kira 10 lagi pengikutnya berkumpul di simpang tiga berhampiran stesen Petron Kampung Kubang Semang.

Kumpulan itu membawa sepanduk yang bertulis "Hudud hukum Allah" dan "Pemuda bersama kepimpinan ulama".

Bagaimanapun, tidak sampai seminit, dua lelaki yang berada di kedai makan di seberang jalan simpang tiga itu menghampiri kumpulan tersebut dan menghalau mereka.

Kemudian seorang lelaki menjerit ke arah kumpulan itu dengan berkata: "Jangan buat kacau di kampung kami. Hangpa (kamu) semua bukan pengundi di kawasan ini.”

Selepas itu, berlaku tolak-menolak apabila lelaki tersebut cuba untuk merampas sepanduk kumpulan terbabit.

Keadaan bertambah kecoh apabila sekumpulan penduduk kampung yang berada di kedai makan di seberang jalan turut mengerumuni kumpulan tersebut dan menghalau mereka.

Salah seorang lelaki tersebut kemudian mengambil pembesar suara daripada Azmi sebelum menghempaskannya ke jalan raya.

Azmi kemudian meminta kumpulannya berundur dan pergi ke tempat lain selepas melihat penduduk kampung semakin berang dengan kehadiran mereka.

Dakwaan sabotaj

Selepas kira-kira 10 minit, Azmi bersama kumpulannya kemudian beredar daripada kawasan tersebut.

Selepas itu, ketika ditemui pemberita, bekas setiausaha agung PAS Permatang Pauh, Abdul Razak Abdullah yang turut berada di tempat kejadian memberitahu, mereka menghalau kumpulan terbabit bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

Abdul Razak mendakwa, kumpulan tersebut bukan pengundi di Permatang Pauh dan sengaja datang ke kampung Kubang Semang untuk membuat "kacau" di kawasan kubu kuat Pakatan itu.

'Mereka bukan orang sini, mereka orang Bagan. Mereka tak mengundi di sini. Saja datang nak sabotaj (PRK Permatang Pauh).

"Ini (Kubang Semang) kubu PAS, kubu Pakatan. Tak perlu nak buat di sini," katanya.

'Jangan undi parti tolak hudud'

Sementara itu, dalam kenyataan media yang diberikan kepada pemberita, Azmi berkata tujuan himpunan pada hari ini untuk mengajak seluruh pengundi Permatang Pauh tidak mengundi parti yang menolak hudud.

"Kami mengajak seluruh pengundi P44 agar tidak memberi undi kepada penentang hudud. Kami berpendirian bahawa penentang hudud adalah penentang Allah seperti wasiat almarhum Datuk Fadzil Noor, mantan presiden PAS pada 1994," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, kumpulan sama mengadakan perhimpunan di hadapan Masjid Batu, Kampung Pertama bagi mendesak PKR memohon maaf berhubung kenyataan AMK berkaitan hudud.




more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"



* untuk penyokong pakatan rakyat dan pengundi esok, share
http://www.penburukonline.blogspot.com/2015/05/keputusan-prk-permatang-pauh-2015-jelas.html
dengan rakan dan taulan, facebook, tweet, whatsapp an lain-lain.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

10 respon:

Tanpa Nama berkata...

Tak payah nak tunhjuk lagak pasal nak perjuang hudud lah Azmi...kau dpt imbuhan dari Umno..kocek penuh..tu lah sangggup jadi barua Umno..insaf2 lah...tu ramai lagi rakat miskin kenapa tak pergi kat Umno mengamuk kat situ...Kau Azmi guna ugama utk kepentingan kau...

Tanpa Nama berkata...

Kalau dalam sesuatu keluarga jika anak buat salah pada masyarakat ibu bapak dipersalahkan tapi dalam organisasi seperti parti ibu tiada hanya bapak jadi apa yang berlaku sekarang ini bapaknya ialah HHA kenapa tiada tindakkan diambil nampak sangat yang membuat onak itu adalah anak kesayangan HHA jadi tak payahlah kita mengutuk atau mengatakan apa pun ynag berlebihan dari sepatutnya sebab kita sudah sedia maklum yang HHA memang akan membisu seribu kata bila terkena pada anak suruhannya.

Tanpa Nama berkata...

Barua-barua yang diupah umno untuk buat kacau.tak perlulah kecoh pasal hudud.haji hadi pun dah kata umno kafir tahun 1980.kami jadi saksi dan belum mati lagi.takkan umno kafir boleh sokong hudud?pelik betul puak-puak pas ni.saja nak selamat umno yang dah lemas.

Tanpa Nama berkata...

umno,dap,pkr x bole dpercayai..suma ingin ambil kesemptan pd jentera Pas yg paling lengkap kt dunia..wawawawa

Tanpa Nama berkata...

Boooo

Tanpa Nama berkata...

Apa kata kita buat parti malaysia bersatu tegakkan apa yang takda tak payah kita asyik cari salah orang dalam dunia mana ada manusia yang sempurna

Tanpa Nama berkata...

bodo korg semua parti pnya pasal sesama melayu gaduh , kapir laknat ketawa besar minum arak.

Unknown berkata...

Semoga PAS terus maju dan kekal dengan ISLAM serta berpegang pada ajaran2 ISLAM, INSYA ALLAH, AMIN,,,,

Tanpa Nama berkata...

Apa apa sekali siapa yang menang sekalu pun sama BANGSA MELAYU DI SANA TERSEMPIT JUGA DI TANAH AIR SENDIRI.

Unknown berkata...

Padan muka BN zalim dan perahsua pasti kalah punya. #Tolak 1MDB #tolak GST #tolak Altantuya #tolak bag tangan #tolak dandan rambut #tolak jet kepentingan pemimpin BN #tolak TV3 #tolak rahsua #tolak kezaliman #tolak pengundi hantu #tolak salah guna kuasa #tolak penipuan dan tolak semua ini di PRU14