Rabu, 6 Mei 2015

Mahkamah Rayuan arah NST bayar RM420,000 kepada Husam

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak rayuan New Straits Times (NST) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan mengarahkan akhbar itu membayar RM350,000 kepada Datuk Husam Musa kerana bersalah memfitnah beliau.

Selain ganti rugi itu, mahkamah juga mengarahkan akhbar itu membayar RM70,000 kos keseluruhan proses mahkamah kepada naib presiden PAS itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dianggotai Datuk Hishamudin Mohd Yunus, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid dan Datuk David Wong Dak Wah membuat keputusan itu di depan dua peguam NST dan peguam Husam.

NST diwakili Reshwant Singh dan Gandhi Mohan manakala Husam diwakili Md Yunos Shariff.

Dalam laporannya bertajuk "Suspended BN duo turn to ACA" pada 28 November 2007 lalu, NST didapati memfitnah Husam.

Ia berasaskan laporan dua ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Datuk Norzula Mat Diah (Paloh) dan Mohd Adhan Kechik (Bukit Bunga) kepada Badan Pencegah Rasuah (sekarang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

Yunos ketika bercakap kepada The Malaysian Insider berkata, ini mahkamah terakhir untuk kes tersebut kecuali NST mendapatkan pengesahan dari mahkamah untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan. – 5 Mei, 2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: