Rabu, 6 Mei 2015

Apa kata Pesuruhjaya PAS Pahang mengenai keputusan PRK Rompin 2015?

Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, secara keseluruhan proses mengundi di Parlimen Rompin berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini kecuali di Pusat Mengundi Sungai Puteri.

“Kami anggap ia sebagai provokasi, namun ia berjaya diredakan antara kedua-dua parti yang bertanding,” katanya.



Memetik analisis awal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tuan Ibrahim memberitahu bahawa, jumlah keluar undi berada di bawah jangkaan SPR iaitu 80 peratus pengundi akan keluar mengundi tetapi kali terakhir hanya 78 peratus.

“Kekurangan ini mungkin berlaku di saluran orang muda kerana sebahagian besar daripada mereka bekerja. Bagi pihak PAS, kami berharap agar pilihan raya kecil tidak diadakan pada hari bekerja.

* memang sudah kerja SPR menangkan UMNO. Apa nak hairan? Susah sangat ke nak buat hari Sabtu?

Mengulas mengenai keputusan tidak rasmi PRK ini, Tuan Ibrahim berkata, undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman mendapat peningkatan dari jumlah undi sebelum ini.

“Kami letak sasaran hanya 200 undi di DUN Tioman tetapi keputusan tidak rasminya dapat 224 undi berbanding pilihan raya lalu sebanyak 189 undi manakala undi UMNO pula merosot dari 690 turun kepada 482 undi.

“Ini merupakan satu petanda yang baik kerana PAS mula diterima ramai dan peningkatan yang ada juga agak memberangsangkan khususnya di kawasan-kawasan felda. Ini merupakan satu fenomena yang baik,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: