Sabtu, 30 Mei 2015

Kesihatan Anwar merosot

PETALING JAYA 29 MEI- Kesihatan Anwar Ibrahim yang kini menjadi mangsa tahanan politik di Penjara Sungai Buloh dikatakan semakin merosot.

Sehubungan itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar akan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya esok, jam 11.30 pagi.

Dalam sebaran Biro Komunikasi KEADILAN kepada pihak media hari ini, sidang media itu berkaitan isu kesihatan Anwar yang semakin membimbangkan.

Esok adalah hari ke 110 Anwar dipenjarakan. Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari tahun ini menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun terhadapnya atas dakwaan melakukan liwat terhadap bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun Anwar menegaskan ia merupakan satu fitnah jahat dan konspirasi politik tertinggi untuk menghancurkan kariernya sebagai ketua pembangkang.

Ia juga mengulangi semula skrip sama yang pernah dihadapinya pada 1998, yang menyebabkan beliau disingkirkan daripada jawatan timbalan perdana menteri.

Keputusan memenjarakan Anwar dikecam hebat Pakatan Rakyat, Badan Peguam, NGO dan pemimpin antarabangsa, termasuk ulama terkenal Sheikh Yusuf Al Qaradawi.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: