Ahad, 24 Mei 2015

Kenapa Rosmah Mansor 'terasa' sangat ni hehehehhe

Tindakan pembantu Datin Seri Rosmah Mansor mahukan isteri timbalan perdana menteri itu diakui "pintar dan berani" menghairankan bekas Menteri Undang-undang Datuk Zaid Ibrahim hari ini.

Menurut Zaid, sebelum ini beliau hanya menulis mengenai watak yang perlu ada pada seorang isteri perdana menteri dan ia tidak disasarkan kepada Rosmah sama sekali.

Katanya, dia juga tidak mengetepikan sumbangan Rosmah kepada negara.

"Mengapa dia (Rizal Mansor) membangkitkan semua ini? Saya tak pernah kata Rosmah bodoh.

"Saya cuma mencadangkan dalam blog saya, isteri perdana menteri tidak patut hidup bermewah-mewah. Mengapa terasa?" katanya di sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Semalam Rizal menggelar Zaid sebagai ahli politik kangaru dan "telah lupa nilai-nilai moral" selain melupakan sumbangan Rosmah kepada negara.

Rizal juga mengingatkan Zaid kepada peranan dimainkan Rosmah menubuhkan Permata - sebuah program pembangunan untuk kanak-kanak berusia bawah empat tahun.

Katanya, isteri perdana menteri juga menggunakan "naluri keibuan" dalam membantu memindahkan pelajar Malaysia dari Mesir dan Arab Saudi ketika berlaku kekacauan di rantau itu dua tahun lalu.

Dalam tulisannya pada 18 Mei lalu, Zaid menyenaraikan beberapa ciri yang perlu ada pada seorang perdana menteri.

Ahli politik dari Kelantan itu juga memperincikan sifat ideal seorang isteri perdana menteri yang sepatutnya lebih memahami penderitaan rakyat ketika kos hidup semakin meningkat.

"Kita tak perlukan isteri perdana menteri yang menunjuk-nunjuk kemewahannya.

"Kita tak perlu melihat isteri perdana menteri kita terbang menaiki jet peribadi ke serata dunia sambil dibaluti berlian," katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

kah..kah..kah..kah..kha...pembantu pun sama viol?