Selasa, 5 Mei 2015

Kazim Elias seru undi calon yang sokong Hudud (PAS)

Penceramah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias mengingatkan pengundi di Permatang Pauh supaya memilih calon pilihan raya kecil Parlimen itu yang menyokong hudud.

Membangkitkan sokongan BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebelum ini, Kazim berkata kekuatan undi diperlukan untuk membolehkan undang-undang itu dilaksanakan.

“Kalau dibawa di Parlimen dia memerlukan kekuatan tetapi kalau ahli Parlimen tak menyokong hudud walau dia Melayu sekali pun macam mana undang-undang itu hendak menang.

“Sebab itu di Parlimen Permatang Pauh ini sekali pun, kita kena tengok ahli Parlimen itu boleh angkat tangan sokong hudud atau tidak,” katanya dalam ceramah di Permatang Pauh malam tadi.

Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PKR, BN, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan bebas.

Kerusi itu kosong apabila penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan selepas gagal mendapat pengampunan diraja atas sabitan kes liwat terhadapnya.

Manakala di Rompin pula, PAS jelas membawa hudud dan UMNO sebaliknya berdolak dalik dalam isu hudud. UMNO jelas tidak bersungguh-sungguh dalam memperjuang hudud malah tampak macam tidak berselera. Jadi pengundi Rompin harus ingat, sokong calon PAS.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Patutnya Ustaz Kazim ni berkempen di Rompin baru ngam.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Nasihat DUKA itu tepat. Pengundi PP perlu sokong PR yg diwakili oleh PKR kerana salah satu komponennya iaitu PAS sedang memperjuangkan HUDUD.

Antara geng Biru Tua dan Biru Muda, Biru Tua lebih byk mudaratnya ( antaranya GST, tak bersungguh dlm soal HUDUD dll isu ) berbanding Biru
Muda. Oleh sokong ( X ) Biru Muda.

Para pendukung Hijau Tua jgn pula buat tak heran dlm pemilihan ini.

Apply kaedah Feqah "Ambil Yg Mudarat kecil dan Tinggalkan Yg Mudarat Besar".

Tanpa Nama berkata...

Awas kepada calun Lambang Kunci. Dia adalah Geng Biru Tua. Jadi jgn silap X.