Ahad, 31 Mei 2015

Kali ini aku setuju dengan presiden PERKASA

Naikkan kadar gaji minimum kepada RM1,200 bagi membantu rakyat menghadapi kos kehidupan yang semakin meningkat, terlebih dahulu sebelum
menimbang keperluan menaikkan gaji pembantu rumah Indonesia.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, berkata kerajaan perlu mendahulukan rakyat yang kini dibebani dengan peningkatan
kos kehidupan, termasuk kenaikan harga barang.

"Kalau nak menimbang keperluan menaikkan gaji minimum pembantu rumah orang asing sampai RM1,200, gaji minimum rakyat Malaysia juga kena bermula dengan
RM1,200.

"Indonesia cadang naikkan gaji amahnya daripada RM800 kepada RM1,200, tak semestinya kita kena terima. Bagilah rakyat Malaysia 'happy' (gembira) dahulu
sebelum kita 'happykan' (gembirakan) orang luar," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas berucap pada Taklimat Pelan Tindakan Pemerkasaan Organisasi Perkasa dan Pelan Strategik Perjuangan Perkasa
Peringkat Zon Timur (Terengganu dan Kelantan) di Chendering, dekat sini.

Ibrahim mengulas langkah Indonesia menghantar kertas cadangan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk penambahbaikan syarat kerja pembantu rumah dari negara
itu di Malaysia, termasuk menaikkan gaji kepada RM1,200. - BERNAMA

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: