Ahad, 3 Mei 2015

Ismail Sabri kurang ajar!!

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikecam kerana mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada pengundi jika memilih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 7 Mei ini.

Sehubungan itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa Ismail menarik balik kenyataannya bahawa beliau tidak akan meluluskan peruntukan pertanian untuk rakyat di Permatang Pauh.

"Ismail Sabri menyatakan bahawa sekiranya Kak Wan (Dr Wan Azizah) dipilih menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, jangan cari dia melibatkan semua projek pertanian...tidak akan diluluskannya.

"Kak Wan nak masuk lobi pun tidak boleh, ini satu kenyataan yang biadap dan kurang ajar.

"Saya harap Ismail Sabri tarik balik dan minta maaf atas kenyataan biadap ini keatas seorang wanita, seorang rakyat Malaysia dan seorang wakil rakyat," katanya pada sidang media di Tanah Liat di sini, Ahad.

Sebelum ini Ismail dilaporkan mengingatkan pengundi di Permatang Pauh melupakan terus sebarang bantuan daripada kementeriannya PKR terus menang di kawasan itu.

Beliau sebaliknya berjanji akan meluluskan sebarang projek pertanian jika calon BN, Suhaimi Sabudin berjaya mengalahkan Dr Wan Azizah.

* dia ingat harta kerajaan mak bapak datuk nenek moyang dia yang punya. cilakak betoi ...

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

Ismail Sabri ingat harta emak bapa ke..Semua nya hasil dari kutipan cukai rakyat belaka.Salah guna kuasa dan teramat zalim..Dah lupa usul asal ,hilang pedoman dalam akidah.Janji dan azab serta laknat Allah s.w.t akan terjadi pd kau Ismail.

Tanpa Nama berkata...

Ingat mak bapak kau punya harta ke...menyusahkan org je kau ni..dah2 la bagi org lain pulak

Tanpa Nama berkata...

ismail sabri da pening la tu....dia tahu bn akn kalah kt permatang pauh....

Tanpa Nama berkata...

Sebarang janji menteri BN tidak boleh dipercayai sama sekali! Lihat sahajalah PRK Teluk Intan dimana BN dapat merampas kerusi DAP, adakah janji yg telah dibuat semasa kempen PRK itu telah atau sedang ditunaikan oleh BN? Satu habuk haram pun tak ada.