Khamis, 28 Mei 2015

Hanya sebab ini maka Najib tidak boleh didakwa walaupun berbohong?

Beberapa pengamal undang-undang jenayah bersetuju dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jawapan yang bercanggah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengenai 1MDB, mungkin merupakan satu jenayah.

Dr Mahathir mendakwa Najib berbohong tentang di mana AS$1.103 bilion (RM3.97 bilion) dana 1MDB, dan  ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 218 Kanun Keseksaan.

Peguam kes jenayah, Amer Hamzah Arshad percaya apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir itu “mempunyai beberapa asas” tetapi menegaskan ia boleh dihujah sama ada Najib, sebagai perdana menteri, adalah seorang penjawat awam atau sebaliknya.

“Bagaimanapun, Najib, atas kapasitinya sebagai pengerusi (lembaga penasihat) 1MDB boleh disiasat di bawah Seksyen 218 Kanun Keseksaan,” kata peguam kes jenayah, Amer Hamzah Arshad kepada Malaysiakini.

Beliau merujuk kes bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo, yang disabitkan atas kesalahan rasuah ketika menjadi pengerusi Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor (PKNS).

Bagaimanapun, peguam Khir, Datuk Muhammad Shafee Abdullah, berhujah dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan pada tahun lepas bahawa tuduhan rasuah itu adalah cacat kerana beliau bukan seorang penjawat awam sebagaimana ditakrifkan di bawah Kanun Keseksaan.

Khir Toyo didakwa atas kapasitinya sebagai menteri besar. Menteri besar bukan seorang penjawat awam, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 21 Kanun Keseksaan, Shafee dilaporkan berkata.

Seksyen 21 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa penjawat awam ditakrifkan sebagai sama ada seorang pegawai yang ditauliahkan dalam Angkatan Tentera, hakim, pegawai mahkamah, juri, penimbang tara, seseorang yang memegang apa-apa jawatan dan seorang pegawai kerajaan.

Amer berkata kedudukan perdana menteri, menteri-menteri kabinet dan ketua menteri nampaknya tidak termasuk di bawah Seksyen 21 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau bersetuju bahawa dari segi istilah orang biasa, perdana menteri dan anggota kabinet adalah penjawat awam kerana mereka sepatutnya berkhidmat kepada rakyat.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: