Kerana jauh hati permohonan bantuan dua biji khemah tidak diendahkan sejak sekian lama, seorang ahli bersama seorang penyokong PKR dari Taman Siakap, Seberang Jaya bertindak menyerahkan borang untuk menyertai Malaysian Indian United Party (MIUP), sebuah parti mesra Barisan Nasional (BN), malam ini.
S. Muneswaran, seorang pemandu lori berusia 33 tahun yang mendakwa sudah menjadi ahli PKR selama berbelas tahun, dan R Sivakumar, seorang penyelia kilang berusia 48 tahun menyerahkan borang keahlian bersama 300 helai borang yang didakwa merupakan penyokong dan ahli PKR dari Taman Siakap yang beralih arah kepada MIUP.
Borang mereka diterima Presiden MIUP Senator Datuk Seri S Nallakarupan, pada satu majlis ringkas di Taman Siakap malam ini dengan disaksikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan.
Menurut Sivakumar, mereka sudah lama meminta bantuan 2 biji khemah itu dari Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Dr Afif Bahardin.
"Kini, Datuk Seri Nallakaruppan menerusi Krishna Murthi (ketua pemuda MIUP Taman Siakap) setuju menyumbangan 2 biji khemah ini yang akan digunakan untuk kenduri kahwin atau kematian," kata Sivakumar.
Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan berapa ramai ahli PKR dari Taman Siakap berjaya dipujuk menyertai MIUP.
"Berapa banyak ahli (PKR) saya tak berapa tahu," katanya sewaktu ditanya tentang perkara itu.
Muneswaran pula sewaktu diminta membuktikan keahlian PKR beliau berkata beliau sudah membuang kad keahliannya.
"Kad semua saya sudah buang sebab saya marah," katanya.
Beliau juga bertekad untuk menyumbang sepenuh tenaga kepada kempen BN.
"Apa-apa bantuan kempen yang diperlukan saya akan bantu," katanya.
Sementara itu Nallakarupn yakin MIUP mampu menyumbang sekurang-kurangnya 300 undi dari 544 pengundi berdaftar di situ.
Hari membuang undi pilihan raya kecil Permatang Pauh jatuh pada 7 Mei 2015. – 2 Mei, 2015.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan