Isnin, 13 April 2015

wajib baca!! Akhirnya Ahmad Maslan Menjadi Menteri Yang Paling ...


Buka aje mulut. Orang meluat.

Buka aje mulut. Orang menyampah.

Buka aje mulut. Orang mengata.

Tak kira la yang berparti ka yang tak berparti ka yang sokong kerajaan ka yang meluat dengan kerajaan ka yang student ka yang bekerja ka rata-ratanya meluat
dengan seorang menteri yang bernama Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan ialah timbalan menteri kewangan yang juga ahli parlimen bagi kawasan Pontian. Bersepah kot sedara aku kat Pontian tue. Dulu aku tinggal situ.
Dan sekarang tidak lagi. Sedikit rasa syukur dia bukan MP di kawasan aku.

Sejak sebelum GST dilaksanakan. Nama Ahmad Maslan seringkali meniti di bibir rakyat. Ramai menteri-menteri di Malaysia sebenarnya. Tapi bukan ramai yang
orang ingat nama dan kenal wajah menteri. Selalunya ada 2 penyebab utama kenapa satu-satu menteri tue terkenal di Malaysia.

Pertama. 

Atas sebab baik. Menteri tue jenis buat kerja. Orang sayang, orang suka.

Kedua.

Atas sebab kurang baik. Menteri tue terlibat dalam skandal, kontroversi ataupun menyakiti ahti rakyat dengan sesuatu polisi dan kenyataan.

Ahmad Maslan terkenal di Malaysia. Walaupun dia bukan menteri penuh. Ahmad Maslan ialah timbalan menteri di kementerian kewangan. Selalunya kedudukan timbalan
menteri neh orang tak peka atau kenal sangat. Yang orang selalu peduli ialah tentang perdana menteri dan timbalan perdana menteri serta beberapa menteri
dari beberapa kementerian yang mana selalunya mereka membahaskan isu-isu yang kebanyakkan rakyat suka nak amek tahu. Contoh isu berkenaan keselamatan,
pendidikan, kesihatan, prasarana dan saluran bantuan. Dan kehadiran Ahmad Maslan dalam kabinet Najib telah memecahkan tradisi berkenaan. Di mana seorang
timbalan menteri lebih dikenali berbanding beberapa menteri dari beberapa kementerian dan seorang timbalan menteri lebih diperkatakan oleh rakyat Malaysia
berbanding dengan sebahagian dari menteri-menteri di Malaysia. Kerana apa?

Aku ada kenalan yang tak kenal langsung sapa menteri perumahan. Bahkan dia tatau yang portfolio kementerian perumahan dah dikemaskini.

Aku ada jumpa komen-komen yang tak kenal pun menteri tenaga dan teknologi.

Ahmad Husni ialah menteri kewangan II. Tapi belum cukup ramai yang tahu dia menteri pun.

Berapa ramai yang kenal dengan nama Sri Richard Riot? Ini menteri kot.

Rakyat tak kenal. Tapi sebut Ahmad Maslan. Rata-rata rakyat kenal. Yang budak-budak kecik pun kenal. Kalau tak kenal sebab apa at least depa kenal la muka
tue selalu dok menepek masuk tv bagai.

Kenapa Ahmad Maslan begitu terkenal di Malaysia sedangkan Ahmad Maslan itu kategorinya timbalan menteri. Tahap populariti Ahmad Maslan dah macam Najib.
Sana sini orang sebut. Buat apa pun orang sebut. Cakap apa pun orang sebut.

Kenapa agaknya?

Jawapannya tak lain tak bukan. Terkenal atas sebab kedua. Ahmad Maslan begitu terkenal di Malaysia sebab kejujurannya yang tidak suka menyorokkan kebodohan
yang dimiliki olehnya. Sikap jujur Ahmad Maslan ini la yang menyebabkan orang kenal dia sangat-sangat. Silap-silap sampai mati pun tak boleh lupa nama
Ahmad Maslan neh. Silap-silap sapa yang bernama Ahmad Maslan pun segan nak mengaku itu nama dia. Silap-silap orang mula block nama Ahmad Maslan menjadi
nama anak-anak yang baru lahir. Silap-silap mungkin ada yang sedang dalam proses tukar nama Ahmad Maslan kepada nama lain disebabkan seorang timbalan menteri
bernama Ahmad Maslan.

Bukan sekadar jujur menunjukkan kebodohan diri bahkan jujur juga dalam percubaan memperbodohkan rakyat dalam pelbagai jenis isu yang membabitkan kepentingan
rakyat.

Antaranya BRIM dan subsidi.

Siapa boleh lupa kenyataan ini?


Orang kerja pagi petang siang malam cari rezeki tak henti-henti nak bayar hutang demi memenuhi keperluan hidup.

Alih-alih dia kata BN tanggung hidup kita.

Dari mana BN dapat duit?

Turun hujan duit dari langit?
Petik duit dari pokok?
Atau melalui pembayaran pelbagai jenis cukai?

Ada sesiapa lupa tentang kenyataan-kenyataan Ahmad Maslan di bawah ini pula ;

Barang turun tapi nasihat orang jimat cermat dengan pelaksanaan GST dan siap suruh mahasiswa masak sendiri? Eh.. apa tue? Kalau barang jadi lagi murah
bukan kah rakyat akan lebih selesa berbelanja?

Bagaimana pula yang ini? Nak mahsuh subsidi punya pasal.


TERUSKAN MEMBACA LAGI PANAS DAN PEDAS
KLIK SINI


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Suroh Dewan Bahasa tukar peribahasa.....dari bodoh mcm xxxxx ke bodoh macam maslan