Eden Hazard menarik minat Zinedine Zidane menyebabkan Jose Mourinho meletakkan nilai RM1 bilion jika Real Madrid mahu mendapatkan pemain itu dan ditambah dengan Cristiano Ronaldo.
Hazard yang bakal dinobatkan selaku Pemain Terbaik PFA berjaya menarik minat ikon Bernabeu, Zinedine Zidane.
Pengendali Chelsea, Mourinho berkata perkara itu merupakan sebahagian daripada proses yang dilakukan pasukan gergasi Sepanyol itu untuk mendapatkan khidmat pemain yang dikehendaki mereka.
“Mereka perlu mengeluarkan 100 juta pound (RM542.78 juta) serta seorang daripada tiga pemain terbaik mereka (Cristiano Ronaldo, Gareth Bale, James Rodriguez).
“Tidak, 100 juta pound (RM542.78 juta) untuk setiap kaki – 100 juta pound (RM542.78 juta) untuk setiap kaki kerana dia masih muda,” katanya.
Hazard sebelum ini telah menandatangani kontrak baharu selama lima tahun setengah kira-kira dua minggu lalu dan Mourinho berkata, dia tidak kisah dengan pujian yang diberikan Zidane terhadap pemainnya itu.
“Saya gembira dengan apa yang dilakukan Hazard ketika di atas padang. Cara dia membawa diri dan dia berjaya memperbaiki dirinya setiap tahun.
“Dia merupakan antara sebab utama Chelsea berjaya menduduki tempat teratas Liga Perdana Inggeris,” kata Zidane yang juga pengendali pasukan Real Madrid B.
Kontrak baharu Hazard menyaksikan dia akan kekal bersama Chelsea hingga 2020, jadi Mourinho memiliki alasan kukuh untuk berada dalam keadaan selesa.
Seperti Lionel Messi yang menjadi simbol kepada Barcelona dan Ronaldo menjadi ikon kepada Real Madrid, sesetengah pihak melihat Hazard bakal menjadi pemain ikon kepada Chelsea. – AGENSI
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan