Jumaat, 24 April 2015

3 syarat gila bomoh ini untuk kembalikan selaput dara

Tindakan mahu mendapatkan rawatan mengembalikan dara yang hilang akhirnya menyebabkan seorang bakal pengantin dirogol seorang bomoh ‘pulih dara’.

Mangsa berusia 22 tahun itu bertemu suspek berusia 53 tahun untuk mendapatkan rawatan itu di Semenyih di sini, pada jam 7.20 malam 27 Mac lalu.

Bagaimanapun suspek merogol mangsa ketika memberikan rawatan khas dilakukan di sebuah pondok tersembunyi di Bukit Broga, Semenyih.

Sumber berkata, mangsa dikatakan akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya dalam April ini.

Menurutnya, mangsa cuba mendapatkan rawatan itu selepas mendakwa takut berhadapan detik malam pertamanya.

“Dia bimbang sekiranya bakal suami mengetahui dia pernah melakukan hubungan seks sebelum ini.

“Bomoh itu kemudian menawarkan tiga kaedah rawatan untuk memulihkan dara mangsa. Dia (bomoh) memberitahu mangsa boleh menghantar video aksi ghairahnya, membenarkan tubuhnya disentuh atau melakukan hubungan seks dengan suspek,” katanya.

Dia berkata, mangsa bagaimanapun memilih cara pertama dengan mengirimkan tiga rakaman video kepada suspek.

“Bagaimanapun mangsa kemudian bertemu suspek di sebuah pondok di Bukit Broga. Mangsa kemudian diperkosa suspek.

“Susulan itu mangsa membuat laporan polis pada malam sama kejadian berlaku. Suspek kemudian ditahan polis tidak lama kemudian,” katanya.

Menurutnya, mangsa sebelum ini mendakwa suspek membacakan jampi sambil memegang tangannya yang menyebabkan dia dipukau.

- Harian Metro

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: