Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, penerangan yang diberi juga semakin lama semakin tidak berkesan selain tidak mampu meredakan ketegangan suasana dengan jawapan yang tidak memuaskan rakyat.
"UMNO telah menggunakan pendekatan tradisional berdepan dengan isu-isu luaran parti. Penerangan UMNO kini sudah tidak berkesan dan lesu sedangkan penerangan kerajaan pula tidak mampu meredakan suasana lantaran isu-isu yang dijawab dianggap tidak memuaskan majoriti.
"Lebih 2,000 pegawai Jabatan Penerangan tidak lagi diberi tugas penerangan bersemuka seperti dahulu. Kini mereka duduk di pejabat dan baca akhbar atau kadang-kadang memasang pembesar suara untuk orang kenamaan," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Pada Rabu, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed di dalam blognya berkata musuh utama UMNO kini bukan lagi Pakatan Rakyat sebaliknya unsur dalaman parti itu sendiri yang akan menyebabkan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Jelasnya, ahli-ahli UMNO kini berdepan dilema sama ada menyatakan kesetiaan kepada pemimpinnya atau parti.
Tegas Nur Jazlan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini berhadapan dengan satu situasi yang begitu meruncing akibat terpalit berbagai isu melibatkan soal pentadbiran dan pengurusan kewangan negara serta isu berkaitan keluarganya.
Sebelum ini, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan, UMNO memerlukan lebih ramai pemimpin-pemimpin seperti Nur Jazlan yang berani bercakap mengenai kebenaran dan hakikat yang dihadapi parti hari ini.
Tegas Khairuddin, walaupun Nur Jazlan dilantik menjawat jawatan tertentu, kelantangannya itu dilihat sebagai luahan situasi yang berlaku di dalam parti sekarang.
Dalam pada itu kata Rais yang juga seorang veteran UMNO, Najib sendiri perlu mengambil langkah drastik dalam mengolah pendekatan baharu dalam pentadbirannya.
"Orang keliling Najib sudah tidak mampu membantu. Malah sudah ada naib presiden yang membawa suara tukar.
"Penyakit lama UMNO hinggap kembali," ujarnya.
Rais memulakan kerjaya politiknya dengan menjadi Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1974 sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Undang-undang, Timbalan Menteri Dalam Negeri sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 1978 hingga 1982.
Rais juga pernah bersama Tengku Razaleigh Hamzah keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Semangat 46.
Namun setelah Semangat 46 dibubarkan, dia kembali ke pangkuan UMNO.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan