Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria hari ini mengingatkan hakim supaya memelihara sumpah mereka untuk melindungi Malaysia dan mempertahankan perlembagaan.
Beliau juga mencadangkan supaya salinan sumpah itu diletakkan secara tetap di meja kerja mereka.
Perkara itu, katanya, akan selalu mengingatkan hakim pada tanggungjawab mereka selain mendorong kumpulan itu mempertahankan kebebasan badan kehakiman.
“Perkara ini supaya ingatkan kamu pada tanggungjawab dan janji yang kita buat dalam memegang jawatan ini,” katanya dalam ucapan ketika pelantikan lima pesuruhjaya kehakiman baru.
Beliau juga berkongsi tujuh prinsip yang digunapakai oleh Ketua Hakim Filipina Ma Lourdes PA Soreno, iaitu:
Saya tidak akan letakkan diri dalam keadaan tidak dapat menghakimi dengan betul.
Saya akan pilih hidup penuh sederhana.
Saya akan berkhidmat dalam keadaan fikiran dan jiwa saya tergambar pada kerja yang saya lakukan.
Saya akan menjadi orang yang jujur dan membina reputasi itu.
Jika saya tidak terasa apa-apa ketika ketidakadilan dilakukan, maka saya tidak layak lagi berada dalam bidang kehakiman. Saya akan pertahankan sumpah saya walaupun ia menyakitkan.
Keluarga saya harus selalu komited menjaga nama baik dan integriti saya.
Saya tahu bahawa mustahil untuk mengikuti enam peraturan ini... tetapi saya tahu Tuhan membolehkannya, kerana Tuhan ialah Tuhan, tiada yang mustahil bagi-Nya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan