Sabtu, 11 April 2015

Hanya RCI boleh selamatkan Najib

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Prime Minister Najib Abdul Razak perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun, beliau tidak percaya Najib berani berbuat demikian.

"Hanya satu RCI ke atas pembunuhan tersebut dan tindakan pelbagai pihak berkuasa dalam kes ini yang boleh menyelamatkan kewibawaan dan reputasi Najib dan pentadbirannya dan sumpahan Mongolia itu,” katanya.

Tambahnya, Najib perlu proaktif dan tidak hanya bergantung kepada penafian dan sumpahnya jika mahu masyarakat umum percaya bahawa perdana menteri itu benar-benar tidak terlibat dengan kes berkenaan.

"RCI tersebut akan menjadi proses penyembuhan bagi Malaysia, bukan sahaja untuk mengembalikan keyakinan terhadap ingeriti dan profesionalisme institusi negara.

"(Ia juga akan mengembalikan) kredibiliti di peringkat antarabangsa serta reputasi Perdana Menteri dan kedaulatan undang-undang di negara ini," katanya.

Menurut Lim, RCI itu perlu menyiasat perkara berikut:

Siapa yang mengarahkan supaya Altantuya dibunuh?

Siapa yang telah mengeluarkan letupan C4 tersebut?

Siapa yang telah memadamkan rekod imigresen kemasukan Altantuya ke dalam negara?

Kenapa pihak polis, Peguam Negara dan badan kehakiman telah mengabaikan faktor besar dalam kes pembunuhan Altantuya ini memandangkan adalah jelas bahawa kedua-dua Azilah dan Sirul tidak akan membunuh wanita Mongolia yang tidak mereka kenali itu, tanpa didalangi oleh seseorang yang mempunyai motif untuk mengarahkan mereka berbuat demikian.
Lim merujuk kepada kenyataan Najib dalam satu wawancara melalui TV3 semalam.

Dalam rakaman khas itu, Najib menegaskan bahawa beliau tidak bersalah dalam kes itu.

Rakaman khas itu dibuat susulan serangan terbuka oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu siasatan dibuat untuk mengenalpasti individu yang mengarahkan Altantuya dibunuh.

Mahathir menyuarakan tuntutan itu susulan dakwaan bekas komando polis, Sirul Azhar Umar bahawa beliau hanya bertindak mengikut arahan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: