Selasa, 14 April 2015

KWSP kantoi

1. Apabila KWSP kata, ramai pencarum tak cukup duit persaraan bila had keluar tidak dinaikkan kepada umur 60 tahun

2. KWSP juga kata mereka tiada agenda tersembuni dengan cadangan menaikkan had umur keluar wang KWSP.

3. Kalau duit tak cukup untuk umur persaraan sedangkan gaji hanya bergerak dalam margin yang kecil, sampai bila pun tak cukup untuk tampung kos sara hidup pesara.

4. Apakah dengan menaikkan had umur kelayakkan akan menyelesaikan banyak masalah pesara kelak? 5 tahun beb.

5. KWSP tak pernah terfikir ker, keuntungan yang diberi kepada pesara dalam bentuk dividen tu tak seberapa kompetitif? Aku lihat sepatutnya KWSP perlu lebih agresif untuk memberi pulangan 'besar' setiap tahun kepada pencarum.

6. Pekerja dan majikan wajib mencarum sebab terikat dengan AKTA. Kalau diberi pilihan, korang nak tak mencarum dengan KWSP berdasarkan rekod pulangan pelaburan KWSP?

7. Ahli terpaksa mencarum sebab ada akta, duit tu untuk kegunaan kerajaan. Budak tingkatan 4 dan 5 pasti juga tahu, duit KWSP kerajaan akan guna.

8. Ikut logik, bila kantung dah kurang, hutang berlambak, jadi kena sekat pengeluaran dari tabung KWSP.

9. Maka cara lain, naikkan had umur keluar duit KWSP. Habis cerita. Tersembunyi ke tak tersembunyi ker, rakyat bukan bodoh lagi dah ...

Cadangan menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun dibuat khusus untuk menangani isu ketidakcukupan simpanan persaraan majoriti besar ahli apabila mereka bersara pada umur 55 tahun.

Dalam catatan di laman Facebook KWSP, mereka menyifatkan tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi berhubung pelaksanaan isu pengeluaran umur 55 tahun yang dicadangkan dinaikkan ke 60 tahun.

"KWSP tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi berhubung pelaksanaan isu Pengeluaran Umur 55 Tahun yang dicadangkan dinaikkan ke 60 tahun sepertimana, pandangan sesetengah fan FB KWSP yang mencurigai cadangan ini.

"Adalah penting dijelaskan di sini, bahawa perubahan kepada umur pengeluaran ini dibuat khusus untuk menangani isu ketidakcukupan simpanan persaraan majoriti besar ahli KWSP apabila mereka bersara pada umur 55 tahun," katanya di laman Facebook berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, agensi itu sedang menimbang menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun.

Kata Shahril, negara perlu menangani isu pengeluaran simpanan pada usia 55 tahun berbanding usia persaraan baharu pada 60 tahun, jika tidak ia akan menjadi bebanan kepada masyarakat untuk menguruskan orang-orang yang bersara tanpa wang yang mencukupi dalam akaun mereka.

Shahril memetik kaji selidik bebas yang dijalankan oleh pakar ekonomi serta penyelidikan dalaman KWSP yang menunjukkan rata-rata orang cenderung untuk menghabiskan simpanan persaraan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas membuat pengeluaran penuh.

Jelas laman itu, hasil kajian KWSP menunjukkan bahawa 70 peratus ahli KWSP yang mengeluarkan simpanan pada umur 55 tahun menghabiskan wang simpanan KWSP mereka antara 1 hingga 10 tahun selepas bersara.

"Sesungguhnya, perkara ini amat membimbangkan KWSP kerana keadaan ini akan menyebabkan ahli KWSP berada dalam kesempitan kewangan. Atas sebab itulah KWSP merupakan agensi yang bersungguh-sungguh menyokong agar had umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun.

"Dalam hubungan ini, adalah tidak memberikan kesan yang bermakna kepada inisiatif meningkatkan simpanan persaraan ahli, jika Pengeluaran Umur 55 Tahun ini dikekalkan," ujar laman itu.

Dalam pada itu kata KWSP, sebarang perubahan terhadap Pengeluaran Umur 55 Tahun selaras dengan umur persaraan baru iaitu 60 tahun tidak akan berkuatkuasa serta-merta.

"Tempoh peralihan (grace period) yang sesuai akan diberikan kepada ahli untuk membuat persediaan dan penyesuaian terhadap perancangan kewangan untuk persaraan mereka," kata laman itu.

Tambah laman itu lagi, mereka juga tidak akan lagi memberikan sebarang ulasan berhubung dengan perkara ini sekiranya ia dibangkitkan sekali lagi melainkan satu keputusan baru dibuat mengenainya.

Pada Isnin, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata kerajaan belum memuktamadkan untuk menetapkan had umur pengeluaran simpanan persaraan KWSP kepada usia 60 tahun.

Kata Tee Yong, perkara itu hanya cadangan daripada pihak KWSP, selaras dengan pelanjutan had umur persaraan yang ditetapkan kerajaan sebelum ini iaitu daripada 55 tahun kepada 60 tahun.

Dalam pada itu, Tee Yong turut mencadangkan agar had umur tersebut diturunkan daripada umur 55 tahun kepada 50 tahun.

Anda setuju dengan pulangan KWSP?


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

KWSP, Tabung Haji dan KWAP adalah dana wang milik pencarum, bukannya harta emak bapak agensi berkenaan. Dana terkumpul saban tahun itu, dilaburkan (baca dileburkan) oleh lembaga pengarah dlm bidang2 yg selalunya mengalami kerugian. Lebih malang lagi, dana itu dikorek keluar untuk bail out syarikat kroni yg sedang menghadapi masalah kewangan drp muflis, akhirnya pencarum jugalah tidak akan mendapat dividen yg sepatutnya. Jika rugi sekalipun ia bukan wang lembaga pengarah, sebab itulah mereka hanya buat pekak badak shj selain drp masyuuuk....

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak lanjutkan usia pengeluaran KWSP janganlah buat pada umur 80 yahun. Buatlah pada umur 120 tahun sekali. Jadi senanglah korang rembat duit turrr

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah biasa makan duit haram....tabung orang pun tak segan silu nak pecahkan...

Tanpa Nama berkata...

Tak sabar nak tunggu macai BN keluar hujah sokong cadangan ni pulak....