Selasa, 28 April 2015

Edisi Kantoi: RESTORAN SUP KEPALA IKAN SIAKAP RM150 SEMANGKUK


Sebuah restoran di Jalan Pantai Cahaya Bulan, dekat sini diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri Kelantan kerana menjual sup kepala ikan siakap pada harga terlalu mahal dan tidak masuk akal hingga mencecah RM150.

Serbuan itu dilakukan kira-kira pukul 2 petang semalam selepas PPDNKK negeri menerima aduan orang ramai berhubung harga masakan tersebut.

PPDNKK negeri Kelantan menerima dua aduan daripada pelanggan pada 19 April lalu yang mengatakan harga sup kepala ikan siakap dijual mencecah harga RM150.

Pada 22 April (Rabu) lalu beberapa pegawai PPDNKK Kelantan telah pergi ke-restoran berkenaan untuk mencuba makanan yang dijual di situ. Seketul kepala ikan didapati dijual pada harga RM130 hingga RM150.

Sehubungan itu, PPDNKK Kelantan mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada premis tersebut keesokannya.
Bagaimanapun tiada jawapan balas selepas tempoh diberikan iaitu tiga hari bekerja berakhir.

Restoran berkenaan beroperasi sejak dua tahun lalu dan diusahakan seorang lelaki tempatan berusia 50-an.

Berikutan gagal membalas notis yang dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, pemiliknya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 57 akta sama.

Mengikut seksyen itu, jika disabitkan kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM50,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Setakat ini hanya sup itu yang dijual mahal manakala makanan lain masih pada harga berpatutan.

Siasatan dibuat dengan menilai bil serta penjualan makanan di premis ini dan hasilnya mendapati memang berlaku penjualan sehingga mencapai harga RM150.

Ini merupakan kes pertama melibatkan kepala ikan dan siasatan kes akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

mohon timbang rasa la sama...
kena la tgk siakap apa tu...?
Siakap Emak Paun memangnya payah nak dpt...
apatah lagi Siakap Intan Berlian pakai xjumpa la.. !!

Tanpa Nama berkata...

mohon timbang rasa la sama...
kena la tgk siakap apa tu...?
Siakap Emak Paun memangnya payah nak dpt...
apatah lagi Siakap Intan Berlian pakai xjumpa la.. !!

Unknown berkata...

Mengikut kata Timb Menteri Kewangan yang pakar GST berkata berita itu tak betul -typing error, sebenar nya Rp150.00.