Selasa, 28 April 2015

Beberapa pemimpin kanan UMNO sudah belot kepada Najib

Beberapa pemimpin Umno mula menyebarkan maklumat mengenai syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan yang dibebani hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bagi mengelakkan berlaku lebih banyak kerosakan terhadap kewangan kerajaan, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin hari ini.

Melalui blog miliknya, bekas ketua pengarang akhbar New Straits Times itu berkata, beliau terkejut apabila mendapati baru-baru ini dokumen 1MDB dilihat pemimpin Umno yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan maklumatnya dikongsi untuk cuba membersihkan imej syarikat tersebut. "Saya terkejut apabila beberapa hari lalu, beberapa pemimpin kanan Umno, termasuk menteri, yang sebelum ini menyokong perdana menteri, memberitahu saya kisah berbeza.

"Seorang daripada mereka berkata, pernah melihat dan meneliti dokumen 1MDB, serta berkongsi maklumat itu dengan anggota parti untuk memastikan tiada lagi kerosakan dilakukan kepada kewangan kerajaan dan mereka yang bersalah akan dipertanggungjawabkan," kata

Kadir dalam blog miliknya, kadirjasin.blogspot.com. Beliau berkata demikian sebagai tanda, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersendirian dalam cubaannya untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya.

Dr Mahathir semakin kerap menyerang Najib, selain membangkitkan isu 1MDB yang kini dibebani sejumlah RM42 bilion hutang, beliau turut membangkitkan isu pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Melalui blognya, Kadir turut berkata, 1MDB seharusnya berpeluang memberikan penerangan berkenaan perjanjian perdagangannya ketika pertemuan pelabur di ibu negara baru-baru ini, namun syarikat berkenaan tidak menghadirkan diri.

"Jika lembaga penasihat, pengarah dan pengurusannya begitu pasti berkenaan modus operandi dan ketelusan mereka, mereka sepatutnya hadir sidang berkenaan," katanya, merujuk kepada forum Invest Malaysia 2015 yang berlangsung pada 23 April lalu. Pengerusi Kumpulan CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak juga menyuarakan rasa kecewa susulan kegagalan 1MDB hadir dalam forum berkenaan.

Nazir, yang merupakan adik kepada Najib berkata, kegagalan syarikat berkenaan menghadirkan diri "tidak membantu" dan hanya menambah persepsi negatif terhadap skandal yang membelenggu 1MDB.

"Kami menjemput 1MDB tetapi mereka menolaknya. Mereka enggan turut serta. Saya kecewa kerana saya fikir mereka mempunyai elemen penting dalam Invest Malaysia, memandangkan isu berkenaan hangat diperkatakan.

"Penting untuk kami mengetahuinya. Keseluruhan isu 1MDB ini, lebih awal ia dijelaskan, lebih baik untuk semua orang. Bila isu dibiarkan, orang akan menjangkakan yang terburuk," kata Nazir.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

PELIK.....KENAPA KITA TAK BONGKAR SIKAP LGE KEATAS ORANG MELAYU DI PULAU PINANG...CUKAI NAIK BERGANDA, BELI KERETA MEWAH, PROJEK MEGA YANG TAK MAMPU MELAYU BELI DAN MACAM MACAM LAGI.

Tanpa Nama berkata...

Anon 2:03 ptg....itu sikit je bro pasal LGE, ini berbillion bro. Mana pergi duit tu? Takkan rakyat pulak nak tanggung kerugian 1MDB tu dengan mengenakan GST. Apa yg PM sengal sangat nak menjawab ni? Ke bini dia tak bagi jawab?

Tanpa Nama berkata...

Setuju, ni fasal bebanan kepada semua rakyat. Di pulau pinang tu mmg umno dah sediakan tapak semacam itu, serahkan pulau kpd cina... Biarkan bangsa asing majukan pulau. Bila dap memerinth, trpaksa truskan apa yg ada dr zaman BN