Sabtu, 4 April 2015

Altantuya: Mahathir sedia jumpa ibu Sirul

Hasrat Piah Ahmad untuk berjumpa disambut baik Tun.

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad sedia bertemu ibu Sirul Azhar Umar, yang didapati bersalah atas pertuduhan membunuh model, Altantuya Shaariibuu.

Reaksi itu diberikan selepas ibunya, Piah Ahmad atau lebih dikenali Mak Long Piah, 71, yang menyatakan hajat untuk berjumpa bekas Perdana Menteri bagi mendapat pembelaan anaknya, yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Jawapan berkenaan diberikan Dr Mahathir ketika merasmikan persidangan persidangan kepimpinan “What Youth Should Know’ pada Sabtu, di Cyberjaya.

“Saya bersedia untuk bertemu dengannya atau sesiapa sahaja,” kata beliau.

Mengulas lanjut mengenai hukuman yang dijatuhkan ke atas Sirul, beliau berkata, seharusnya bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), diberi peluang mempertahankan diri sekiranya tindakan yang dibuat atas arahan.

“Soalan yang perlu ditanya suatu ketika dahulu adalah siapa yang memintanya berbuat demikian. Sehingga hari ini tidak ada petunjuk bahawa siapa yang mengarahkannya, tetapi dia perlu diberikan peluang untuk mempertahankan dirinya atau dia akan dihukum gantung,” kata Dr Mahathir.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar bersedia menjadi orang tengah untuk mempertemukan ibu Sirul dengan Dr Mahathir setelah hasrat itu disampaikan kepadanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Unknown berkata...

Tak lama lg Mahathir pulak kene c4