Perkara itu berlaku kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan selepas beliau dikecam teruk di laman sosial Twitter berhubung statusnya mengenai tandas di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) baru-baru ini.
Ahmad Maslan menerusi entri tersebut menyarankan orang ramai yang berkunjung ke KLCC agar menggunakan tandas awam berbanding tandas premium yang dikenakan caj sebanyak RM2.
Bagaimanapun, status itu secara sinis dilihat menyindir orang ramai kononnya rakyat juga mampu membayar cukai sekiranya memilih untuk menggunakan tandas premium.
“Banyak tandas free di KLCC. Kenapa nak pilih tandas premium? Jika boleh bayar rm2, kenapa tak boleh 11 sen utk cukai?,” katanya dalam status tersebut, hari ini.
Susulan itu, pengguna Twitter dilihat bertubi-tubi menyerang beliau dengan menyifatkan kenyataan yang dibuat olehnya sebagai kurang bijak.
Pengguna Twitter, @CikLeeya88 berkata, “@ahmadmaslan betul tok! Memang tandas KLCC tu tandas bergerak pun. Memana kita pergi memang sentiasa ada tandas tu ikut kita”.
Selain itu, pengguna Twitter @Wandoit pula berkata: “@ahmadmaslan sembang cgpa tinggi,otak mcm keldai!”.
Manakala, @AlfiDkeen menyatakan kenyataan yang dibuat Ahmad Maslan bersifat angkuh.
Sebelum ini, kenyataan yang dibuat Ahmad Maslan juga sering kali mengundang reaksi negatif dalam kalangan orang ramai termasuk membabitkan isu kenaikan harga bahan api.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan