Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika membentangkan bacaan kali kedua akta itu berkata pindaan itu berikutan faktor persekitaran masa kini yang mencabar kepada anggota Parlimen.
"Selain itu, tugas-tugas ahli Parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat dan ini akan menambahkan semangat kepada Yang Berhormat untuk bertugas lebih gigih dan dedikasi," katanya.
Dengan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000).
Ketika ini, anggota parlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan selain elaun bulanan RM5,000 bagi menampung perbelanjaan keraian, gaji pemandu, perjalanan dan bil telefon bimbit.
Mereka juga dibayar elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.
Pada 27 Nov tahun lepas, Dewan menangguhkan rang undang-undang itu setelah tiada persetujuan dicapai mengenai perkara yang dibincangkan.
- Bernama
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
MEREKA INI PENGKHIANAT PETULANG KEPADA RAKYAT DIMALAYSIA DGN MENGABAIKAN AMANAH SERTA MENGSONGLAP DANA NEGARA.MARILAH KITA BERAMAI RAMAI BERDOAKAN UNTUK PENGKHIANAT PENGKHIANAT INI.YA ALLAH TUHAN KU PENTULANG PENGKHIANAT INI TELAH LAMA MENGINAYAKAN RAKYAT NEGARA INI.YA ALLAH YA TUHAN KAMI KAU YANG MAHA BESAR KAU MAHA AGUNG MAHA BERKUASA DI ALAM INI KAU MUSNAHKAN MEREKA KAU TURUN KAN LLAH AZAP KEPADA MEREKA KAU TURUNKAN LAH BALA KEPADA BERSAMA SAMA KELUARGA MEREKA ANAK CUCU MEREKA KETURUNAN DAN ZURIAT MEREKA KRONI KRONI MEREKA DAN JUGA KAKITANGAN KERJAAN YANG BERKUASA MENYOKONG MEREKA/KAMI RAKYAT SUDAH TIDAK MEMPUNYAI SIFAT KEMAUSIAN LAGI TERHADAP PERTULANG PENGKHIANAT INI.KAU HANCURKAN SAPERTIMAN KAU HANCUR LEBIH TERUK LAGI SAAPERTI MANA KAU HANCUR DUA PETULANG KANAN YANG JATUH TERHEMPAS DALAM NAHAS HELIKOPTER BARU BARU INI.PENGKHIANAT RAKYAT INI HARUS MENERIMA BALASAN DIDUNIA INI BERSAMA ORANG MEREKA.YA ALLAH YA TUHAN KU KAAU PERCEPATKANLAH DOA KAMI INI AGAR KAMI TIDAK SENGSARA DI PEMERINTAHAN PETULANG ININAJIB.TABURKAN DOA KAMI YA ALLAH TABURKAN DOA KAMI YA ALLAH AMIN
Catat Ulasan