Jumaat, 20 Mac 2015

Tambang naik: Najib kena sabatoj kata penyokong UMNO .. baca apa aku jawab hahahahaha

Hahahaha.. aku pun tak taulah macam mana jenis manusia. SPAD umumkan kenaikan harga tambang dan disusuli oleh KTM. Semua orang dah tahu memang ada kenaikan. Naik bukan turun. Malah ianya bermula bulan depan. Bulan pertama rakyat akan merasa cukai 6% GST. Malah beli tuala wanita pun akan kena GST!!

Tapi ketika rakyat mengeluh dengan kenaikan itu, tetiba ada exco UMNO kata itu sabatoj untuk memburukkan Najib Razak yang pasti akan terbang dengan jet baru huhuhuhu....

kenaikan tambang lebih 20 peratus untuk teksi, bas ekspres dan perkhidmatan tren Keretapi Tanah
Melayu Bhd (KTMB)


Anggota exco Pemuda Umno, Ibdillah Ishak mengesyaki bahawa kenaikan tambang lebih 20 peratus untuk teksi, bas ekspres dan perkhidmatan tren Keretapi Tanah
Melayu Bhd (KTMB) mungkin satu bentuk sabotaj.

Kenaikan tambang perkhidmatan KTMB dan bas ekspres itu akan berkuatkuasa pada Mei ketika pengguna terpaksa menghadapi beban Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) pada 1 April.

“Selepas SPAD umum kenaikan, sekarang KTMB pula umum kadar pelarasan tambang naik sehingga 20% bergantung kepada jarak perjalanan.

“Sebagai salah sebuah syarikat GLC, KTMB tak patut bebankan rakyat dengan kenaikan kadar yang drastik. Dah lupa tanggungjawab untuk bantu rakyat?,” katanya
di Twitter.
http://www.malaysiakini.com/news/292564

Malah setiap kali ada isu berkaitan kerajaan, blog pro UMNO akan putar belit jalan cerita, kononnya supaya rakyat faham. Tapi hakikatnya rakyat bertambah benci. Baca ni ..

Pengumuman kenaikan tambang pengangkutan awam


Kenaikan kadar itu turut mendapat perhatian blog pro-Umno, mykmu.net, yang mempersoalkan kewajaran untuk pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar untuk
mengumumkan kenaikan tambang itu.

“Apa motif Syed Hamid? Walaupun jika alasan untuk meningkatkan taraf hidup pemandu bas dan teksi itu wajar, pengumuman itu tidak kena dengan masanya,”
tulisan di laman tersebut dipetik.

Hahahha, mereka-mereka itu dah lupa atau buat-buat lupa? SPAD di bawah Jabatan Perdana Menteri? Setiap apa yang SPAD buat mesit melalui kelulusan kabinet? sabatoj apa hal??? Memang dasar kepala otak tak berapa betul agaknya.Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan lah katakan!

Meh baca ni ..

kelulusan kabinet dalam kenaikan tambang pengangkutan awam

Jelas beliau, keputusan kenaikan tambang bas ekspres perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada kerajaan walaupun kita sudah mempertimbangkan permohonan

PETALING JAYA: 'Kita faham kekhuatiran mereka (pengusaha bas ekspres), tapi jangan pertikai kredibiliti kita. Tak usah bandingkan kita dengan Lembaga Pelesenan
Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Demikian tegas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar yang diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Persatuan
Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali yang mempertikaikan kredibiliti badan itu selepas didakwa gagal menangani isu tambang
bas ekspres.

Jelas beliau, keputusan kenaikan tambang bas ekspres perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada kerajaan walaupun kita sudah mempertimbangkan permohonan
mereka.

"Kita tak boleh bertindak sesuka hati... kita dibawah Jabatan Perdana Menteri. Kita sudah bentangkan (mengenai cadangan itu) tetapi terpulang kepada kerajaan
untuk buat keputusan.

"Dulu pun kerajaan buat keputusan bukannya LPKP tentukan sendiri. Kalau kerajaan setuju maka kita boleh tunaikan permintaan mereka," katanya ketika dihubungi
mStar Online pada Selasa.

Syed Hamid berkata, SPAD merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan dibawah akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan diletakkan dibawah pengawasan Jabatan
Perdana Menteri.

"Soalnya kalau SPAD boleh buat keputusan sendiri tanpa rujuk kepada kerajaan dah lama kita buat. Tapi kita tak boleh. Tiada keputusan lagi... jadi kita
tunggu," katanya.

Beliau berkata, SPAD sentiasa membuka pintu rundingan dengan syarikat pengusaha bas mengenai apa jua perkara termasuk isu kadar tambang bas ekspres yang
baharu.

"Kita tak pernah tutup rundingan dengan mereka. Kita faham kehendak mereka dan peka mengenai keadaan industri sekarang," katanya.

Malah, Syed Hamid berkata, SPAD turut membenarkan syarikat pengusaha bas untuk mengenakan surcaj 10 peratus yang sepatutnya dikenakan apabila tiba musim
perayaan sehingga hari ini bagi membantu menangani beban mereka.

"Kita benarkan caj tambahan sebanyak 10 peratus apabila tiba musim perayaan kepada mereka berkuatkuasa tahun lalu. Dan ketika ini, kita juga benarkan mereka
kenakan surcaj itu. Jadi itu dah dikira kenaikan juga," katanya.

Sementara itu, Syed Hamid sekali lagi meminta semua syarikat pengusaha bas supaya bertenang dan bersabar kerana permohonan mengenai cadangan itu sedang
dipertimbangkan oleh kerajaan.

"Saya faham dengan keadaan industri sekarang. Kita juga ingin perkara ini diselesaikan dengan segera. Kita akan cuba yang terbaik. Tunggu sahaja pengumuman
mengenainya nanti," katanya.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/10/15/jangan-pertikai-spad/

Siapa pula sabatoj? Mustahil dan hampir tidak masuk akal kalau Najib Razak tidak tahu menahu tentang harga tambang naik. Najib Razak juga mustahil tidak tahu dia akan naik jet, sedangkan rakyat akan naik pengangkutan awam dengan keluh kesah. hahaha berpada-padalah bro kalau nak kipas pun. bye

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

mansor berkata...

Najib adalah Perdana Menteri Rosmah.............keparat

Tanpa Nama berkata...

Ini semua kerja gila. Tak habis2 menjilat jubok pemimpin2 yang dah kaput. Inilah dia pemimpin akan datang UMNONGOK. Bodoh macam lembu !!!

Tanpa Nama berkata...

Kononnya syarikat GLC tetapi bertopengkan lanun kerana mengkayakan poket penguasa2 yg zalim yg jadi mangsa rakyat apa yg telah terjadi pada KTM,TELEKOM MALAYSIA dan MAS