Ahad, 1 Mac 2015

Siapa yang memberi dana kepada PASMA?

ALOR SETAR – Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) belum bercadang membuat laporan polis terhadap dakwaan menerima imbuhan RM500,000 daripada DAP sebagai ganjaran untuk menjatuhkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presidennya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, walaupun dakwaan itu tidak benar, namun beliau sekadar mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Buat masa ini kita belum bercadang untuk membuat laporan polis terhadap pihak yang cuba memburukkan imej Pasma.

“Kita serahkan perkara ini kepada penasihat undang-undang Pasma untuk pertimbangan sewajarnya,” katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang dakwaan selain kenyataan rasmi Pasma.

Sebelum ini, Phahrolrazi menafikan dakwaan menerima RM500,000 setiap tiga bulan sebagai imbuhan untuk menjatuhkan Abdul Hadi pada pemilihan Pas akan datang.

Dakwaan itu mula tersebar meluas di beberapa laman blog dan turut dipetik oleh sebuah portal berita sejak beberapa hari lalu.

Isu itu didakwa dibincangkan dalam satu pertemuan 15 wakil Pasma dan 10 wakil DAP pada 12 Januari lalu di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sementara itu di PETALING JAYA, Phahrolrazi berkata, pelaksanaan hukum hudud di Kelantan perlulah dirujuk dan mencapai keputusan bersama tiga parti dalam PR.

Beliau berkata, hudud bukanlah menjadi agenda utama kepada Pasma tetapi jika ia mahu diteruskan, Pas perlu mencapai kata sepakat dengan PKR dan DAP.

"Jika mahu dilaksanakan juga hudud, ia haruslah mencapai konsensus di antara ketiga-tiga parti ini," katanya,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan anjuran Pasma Selangor, malam kelmarin.

Beliau berkata, pendirian Pasma jelas iaitu melihat semua keputusan dapat dicapai secara bersama bukan hanya hudud malah, termasuk persempadanan semula kawasan pilihan raya.

"Pasma tidak terlibat untuk buat keputusan terhadap isu yang spesifik sebaliknya keputusan diputuskan menerusi satu konsensus.

"Inilah pendirian Pasma demi melihat tidak berlaku perpecahan dalam PR," katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha....nak laksanakan undang2 hudud yg ada dalam Al-Quran pun nak mintak persetujuan ketiga2 parti?? Sampai kiamat laaa.......