Selasa, 3 Mac 2015

Saya tanya je, bukan bayar pun

Isteri perdana menteri tidak menggunakan khidmat dandanan rambut RM1,200 tetapi hanya bertanyakan harga daripada penyedia khidmat tersebut, jelas Datuk Ahmad Maslan.

Datin Seri Rosmah Mansor hanya merungut tentang harga tersebut selepas penyedia khidmat rumah ke rumah meletakkan harga setinggi itu, kata timbalan menteri kewangan.

"Beliau berkata hendak cat rambut, mereka datang ke rumah dan harga ditawarkan RM1,200, beliau berkata 'amboi mahalnya'.

"Bukan beliau bayar, beliau merungut kenapa mahal sangat. Itu maksudnya," kata Ahmad hari ini.

"Saya ada di majlis (bersama Rosmah) itu, tetapi telah diputar menjadi negatif. Hasrat Rosmah asalnya positif."

Di majlis penerangan cukai barangan dan perhidmatan (GST) kepada anggota persatuan isteri-isteri menteri dan timbalan menteri BAKTI minggu lepas, Ahmad menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyiasat rungutan tersebut.

Kenyataan Rosmah dan gesaan Ahmad itu kemudiannya mendapat kecaman banyak pihak, khususnya pembangkang dan pengguna Internet.


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

5sal berkata...

memang dia tak bayaq,tapi hang(keraa jaan) tulung bayaq! jangan kua statemant lawak.