Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa mendakwa kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung penahanan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar adalah satu pembohongan.
R. Sivarasa berkata, ia berikutan kenyataan Khalid yang cuba menjelaskan mengenai penahanan Nurul Izzah semalam.
“KPN cuba untuk menjustifikasikan penahanan Nurul Izzah di Lokap Jinjang dengan menyatakan; “Dia akan dibebaskan selepas kenyataannya diambil.”
“Beliau dilihat cuba untuk memberi gambaran bahawa polis tidak dapat merekodkan kenyataan Nurul Izzah semalam yang pastinya akan memerlukan tahanan reman,” katanya dalam satu kenyataan.
“Nurul Izzah dengan sukarela hadir di IPD Dang Wangi kira-kira jam 2 petang semalam untuk dirakamkan dua kenyataan. Yang pertama bersama Inspektor Ridzuan berhubung perhimpunan #KitaLawan pada 14 Februari lalu dan keduanya berhubung siasatan hasutan dalam ucapan NURUL Izzah di Parlimen yang diuruskan oleh ASP Muniandy dari Bukit Aman.
“Malah ketika tiba di IPD Dang Wangipun saya berjumpa dengan Muniandy dan dia mengesahkan bahawa Nurul Izzah telah selesai memberi kenyataan bersama Inspektor Ridzuan dan perlu merakamkan satu lagi kenyataan dengannya dalam siasatan hasutan,” katanya.
Sivarasa berkata, dokumen penahanan telah lengkap pada jam 5 petang namun kenyataan tidak dirakamkan dan Muniandy menerima arahan lain daripada pihak atasan.
“ASP Muniandy kemudiannya memberitahu kami bahawa dia mendapat arahan untuk menahan reman Nurul Izzah di Lokap Jinjang bagi membolehkan polis mendapatkan perintah reman lanjut pagi ini
“Menurut Muniandy, dia telah meminta kepada ketuanya untuk menyelesaikan rakaman kenyataan Nurul Izzah dan membebaskannya dengan jaminan polis, namun ketuanya tetap mahu tahanan reman diteruskan,” katanya.
Namun Sivarasa berkata, setelah ditanya siapa ketuanya, ASP Muniandy bagaimanapun tidak mendedahkannya.
“Walaupun dia tidak menamakan ketuanya, namun pada kami ianya jelas bahawa arahan itu datang daripada pengurusan tertinggi pasukan polis di Bukit Aman.
“Tan Sri Khalid jelas telah berbohong kepada umum berkenaan arahan kepada pegawainya berhubung penahanan Nurul Izzah,” katanya.
Katanya, semua yang hadir di IPD Dang Wangi semalam tahu bahawa rakaman kenyataan itu boleh dibuat dengan mudah.
“Kami sedia untuk berbuat demikian sejak jam 3 petang semalam. Khalid Abu Bakar perlu meletakkan jawatan kerana tindakannnya menipu rakyat berhubung penahanan Nurul Izzah yang sememangnya tidak perlu,” katanya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan