Jumaat, 13 Mac 2015

Mufti Perak 'bantai' Ustaz Kazim?

Mufti Perak melahirkan kebimbangan tentang trend pendakwah dan penceramah pada masa kini yang dilihat lebih mempunyai perwatakan sebagai penglipur lara, selain ada di antara mereka menjatuhkan hukum tidak memenuhi syarak.

Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, trend tersebut mampu mengakibatkan kekeliruan dan kecelaruan dalam kalangan umat Islam dan terdapat pendengar seakan-akan menanti ‘bahan penglipur lara’ itu yang dibimbangkan tersasar daripada matlamat dakwah untuk meningkatkan ketakwaan kepada ALLAH.

“Kita lihat hari ini seolah-olah sudah menjadi satu keperluan kepada pendakwah apabila berdakwah atau berceramah, nyanyian dan alunan lagu-lagu semestinya dikumandangkan.

"Malah adakala sampai satu tahap ia menjadi keutamaan ketika berceramah, sehingga terdapat penceramah digelar dengan gelaran tertentu seperti Bollywood dan seumpamanya.

“Ada juga di antara mereka yang menyelitkan unsur humor atau lawak berlebihan sehingga penceramah itu dikenali dengan lawaknya berbanding ilmu disampaikan hinggakan pendengar menunggu lawak penceramah itu daripada menekuni ilmu disampaikan," katanya ketika sidang media di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini, kelmarin.

* Mufti Perak ni tegur Ustaz Azhar Idrus ke Ustaz Kazim Elias ataupun tegur Ustaz Bollywood?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik dari Ya na na. Tak pun bantai Ya na na...kenapa?....kerana program Umno untuk mendekati pengundi melayu yang bukan group K pop.

habibullah berkata...

Sesuatu yg di buat kerana Allah dan rasul itu adalah baik. Selagi tidak membuat kita kufur dan menyesat kan org lain. Buat lah seuatu itu kerana Allah dan rasul..walau apa cara sekali pun selagi tak menyimpang dr matlamat kita kpd Allah dan rasul nya tanpa mengira dr siapa yg menyampaikan nya. Wallaah..huaalam..