Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, melihat salah faham di antara kedua-dua personaliti agama itu lebih bersifat peribadi.
Sehubungan itu, katanya, pihak ketiga tidak perlu untuk menyelesaikan salah faham terbabit, sebaliknya mereka bersemuka dan berbincang secara profesional.
"Tidak ada benda besar pun dalam salah faham yang timbul di antara mereka, jadi tidak perlu campur tangan pihak luar menyelesaikannya.
"Perkara ini sangat kecil dan remeh, saya yakin mereka mampu menyelesaikannya secara hikmah dan bijaksana," katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Sebelum ini dilaporkan, Jabatan Mufti Perlis mengeluarkan surat rasmi tidak bersetujumenyatakan Kazim dijemput menjadi panel Forum Perdana Hal Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.
Susulan itu, Kazim meminta Jabatan Mufti Perlis mengemukakan buktiberhubung dakwaan beliau sering meriwayatkan hadis palsuketika memberi ceramah agamanya, selain bersedia semua saluran dakwahnya di negeri itu diharamkan jika dakwaan jabatan terbabit benar.
- Datuk Noh Gadut
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut, turut berpandangan sama dan menasihatkan kedua-dua personaliti itu berbincang kerana ia hanyalah masalah perbezaan pendapat.
"Sebelum ini pun, umum mengetahui Asri banyak bercanggah pendapat dengan pelbagai pihak.
"Saya khuatir jika pihak ketiga yang campur, perkara ini akan berlarutan dan tiada kesudahan kerana masing-masing mempunyai kedudukan dan pengikut sendiri.
"Saya harap mereka dapat selesaikan salah faham ini secara penuh hikmah dan bijaksana melalui disiplin ilmu dan ulama," katanya.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria menasihatkan supaya kedua-dua tokoh agama itu bertemu secara jujur untuk mencari penyelesaian tanpa memerlukan beliau sebagai pengantara seperti disaran beberapa pihak bagi menyelesaikan isu itu.
"Kedua-dua pihak perlu bersemuka, jangan panjangkan lagi isu yang berbangkit dan setiap seorang perlu mengakui kesalahan atau memberikan teguran dengan cara yang baik.
"Isu ini tidak perlu disensasikan menerusi media, yang paling penting, kedua-duanya perlu bersemuka dan jujur untuk menyelesaikannya. Perkara ini perbalahan) tidak bagus kerana pendakwah menjadi perhatian masyarakat," katanya.
P.S: aku follow isu ni, dan aku lihat Ustaz Kazim yang lebih2. Dr Maza dah kata, bukan dia dedah isi surat tu. itu surat dalaman jabatan. setuju tak setuju itu hak jabatan. memang betul pun. tapi Ustaz Kazim meroyan dan terus serang dalam media social. itu punca masalah besar.
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
3 respon:
Ust Kazim dah bagi penjelasan, dia tak pertahankan pun cerita roti jala cecah kari tu sbg hadis, dan dia dah kata itu cuma perumpamaan, ada silap dia kita lihat dlm video lama tu yg mn dia tak sebut perumpamaan. Dgn penjelasan dia tu kita pun dah faham mmg kisah roti jala cecah kari tu bukan hadis, tak perlu kita perbesarkan. Salah silap dia tu biar lah dia sendiri taubat dan minta ampun dr Allah swt, tak perlu kita ungkit ungkit lg.
Dr MAZA yg tak setuju Ust Kazim jadi panel forum tu, hak dia sbg mufti kat ng tu.
Biasa le kerajaan umnogok bila melibatkan orang umno semua nya perkara kecil contoh duit nfc lembu projek puak umno makan rumput duit rm240 juta katanya tak ada masaalah. Perkara kecil jebodoooo.
Isu Besor Juboo Saifoolll, selain tu..negara nak lingkup ke ,,ape ke kecikkkk jee..Phuuiiiii
Catat Ulasan