Selasa, 17 Mac 2015

Mahasiswa hantar petisyen ke istana mohon pengampunan Anwar


Pimpinan mahasiswa menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon pengampunan bagi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan pintu 3 Istana Negara hari ini.

Salah seorang mahasiswa Universiti Malaya Vince Tan, yang mewakili 26 anak muda dan pimpinan mahasiswa dalam petisyen itu berkata ia bertujuan memberi keadilan kepada Anwar.

"Petisyen ini dihantar atas alasan pemenjaraannya yang bersifat tahanan politik, percubaan menghalang suara ketua pembangkang dan kecaman antarabangsa serta pembelaan daripada penganiayaan konspirasi politik terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

"Kami menerima mahkamah ialah tempat menjatuhkan keputusan hukuman terakhir, namun begitu Yang di-Pertuan Agong ialah puncak mahkota dan payung keadilan," katanya.

Menurut Naqiuddin Nazron dari Universiti Multimedia Malaysia (MMU), salah seorang daripada 5 mahasiswa yang berada di situ, petisyen tersebut dihantar pada jam 3.15 petang kepada wakil setiausaha pengelola diraja. "26 mahasiswa yang mewakili petisyen itu daripada berbeza universiti dan latar belakang," katanya.

Katanya, sejak Pilihan Raya Umum ke-13 di mana pembangkang memenangi undi popular sebanyak 52%, lebih daripada 60 orang aktivis, ahli akademik, wakil rakyat serta orang awam yang ditahan, disiasat didakwa dan dipenjarakan.

"Mereka didakwa dengan pelbagai undang-undang seperti Akta Hasutan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta Akta Perhimpunan Aman.

"Kami melihat akta-akta ini sebagai satu kekangan kepada kebebasan bersuara yang dijamin di bawah peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Malaysia.

"Tindakan ini menimbulkan persoalan. Adakah kerajaan ingin membisukan semua suara bangkangan? " katanya.

Terdapat 5 orang mahasiswa yang menghantar petisyen tersebut dan dilihat mereka memegang sepanduk bertulis, "Daulat Tuanku" dan "Petisyen memohon pengampunan diraja untuk ketua pembangkang Malaysia."

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: