Rabu, 18 Mac 2015

kah kah kah.. MP BN telah lama isytihar harta

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim menyatakan ahli-ahli Parlimen BN telah mengisytiharkan harta milik mereka.

Katanya, pengisytiharan harta tersebut telah diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita (ahli-ahli Parlimen BN) telah lama melaksanakan melaksanakan pengisytiharan harta.

"Sudah...Kami serah kepada Najib," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum itu, pemimpin vateran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dalam ucapan membahas titah ucapan diraja meminta Najib selaku Menteri Kewangan tidak harus berada dalam keadaan dimana terdapat pertelingkahan kepentingan.

“Bahawa perkara ini mungkin telah diterima oleh Dewan Rakyat selama ini merupakan sesuatu yang tidak baik kepadanya.

“Satu perkara yang ada hubung kait dengan pertelingkahan kepentingan dan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasinya ialah pengisytiharan harta dan liabiliti.

“Pengisytiharan ini hendaklah merangkumi ahli Kabinet dan ahli Parlimen dahulu dan sekarang serta juga mereka dari sektor awam dan swasta di peringkat mempunyai kuasa membuat keputusan, dahulu dan sekarang,” katanya.


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: