Isu 1MDB bergegar lagi. Kini bertambah hangat dengan serangan bertubi-tubi dari mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir. Mahathir bukan sahaja mendesak 1MDB diaudit tetapi lebih dari itu mendesak agar siasatan forensik dilaksanakan.
Malah kritikan keras Mahathir dalam tulisan blognya tidak dapat diakses. Tangan-tangan syaitan sekali lagi masuk campur?
Berbalik kepada integriti Jabatan Audit, sekiranya ianya tidak bertindak profesional dan 'takut' dengan tekanan pihak-pihak tertentu, maka kita yakin, hasil audit mungkin mengatakan 1MDB tidak mempunyai sebarang masalah dalaman. Ianya hanya fitnah pembangkang sahaja. Semuanya boleh diurus dengan skrip yang sudah disediakan dari awal.
Bukti-bukti telah dikemukan dari awal oleh pembangkang, sedangkan Najib dan kerajaan hanya menepis tapi tidak membuktikan tuduhan itu suatu fitnah. Ini menimbulkan syak dikalangan rakyat.
Kita sebagai rakyat membayar cukai, kita mohon kepada Jabatan Audit agar tidak tunduk dan takut pada desakan pihak tertentu. Siasat secara adil dan saksama. Nak harap pihak yang ada kuasa untuk siasat, kita sudah sedia maklum ke mana cenderungnya pihak itu. Semua jaga perut masing-masing.
Harap Jabatan Audit tidak melumur najis sendiri ke muka sendiri. terima kasih.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
AUDIT NI WAYANG BARISAN NASIONAL TAK USAH PERCAYALAH .DAH CURI BERBILION BILION SEBARANG TANGKAPAN ATAU TIDAKAN DIAMBIL.BILA NURUL ZAH HASUTAN ADAM ADLI HASUTAN MALAM PUN BOLE H TANGKAP
Catat Ulasan