Rabu, 11 Mac 2015

Ini jumlah sebenar upah Shafee jadi ketua pendakwaraya kes liwat Anwar

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hanya menerima bayaran berjumlah RM1,000 sebagai Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat II membabitkan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, berkata pendedahan jumlah bayaran berkenaan dibuat selepas persetujuan oleh Jabatan Peguam Negara dan Muhammad Shafee setelah berulang kali perkara itu dibangkitkan di Dewan Rakyat.

Beliau berkata sebelum ini, ia tidak didedahkan bagi menghormati etika perhubungan profesionalisme dan kerahsiaan antara majikan dan pelanggan.

"Sehubungan dengan itu, berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak dimaklumkan bahawa jumlah pembayaran untuk perkhidmatan yang diberikan kepada Tan Sri Muhammad Shafee adalah sebanyak RM1,000," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) mengenai jumlah perbelanjaan yang dibayar kepada Muhammad Shafee sepanjang kes Anwar dibicarakan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

aku berkata...

Tentu ada sebab kenapa bayaran begitu murahkan.

Tanpa Nama berkata...

hahaha.. tu yg atas kertas.... yg tepi meja.. bawah meja.. blkg pintu...

Tanpa Nama berkata...

Bolih caya ke hanya ciput?

Tanpa Nama berkata...

DENGAR BOLEH PERCAYA JANGAN