Selasa, 10 Mac 2015

Ini jawapan artis bergelar janda yang kantoi khalwat kali kedua .. so ..?

Putri Mardiana Zainal Abidin mendiamkan diri dengan enggan mengulas mengenai
dakwaan ditangkap khalwat buat kali kedua bersama teman lelakinya, Shahrizam Abdullah pada pagi Sabtu lalu.

"No Komen", Jawab Putri Mardiana Dakwaan Kena Tangkap Khalwat Kali Ke 2

Putri Mardiana atau Nina, 33, tidak menjawab panggilan yang dibuat kepadanya sebanyak beberapa kali sebelum menghantar mesej di aplikasi Whatsapp memberitahu
dia tidak mempunyai sebarang komen.

"Tiada komen," katanya ringkas kepada akhbar mStar Online pada Ahad.
Pasangan itu didakwa dicekup oleh pihak berkuasa kira-kira pukul 4 pagi di kediaman milik isterinya Shahrizam atau E-Jump di USJ 1, Subang Jaya.

Malah wanita yang dikenali sebagai Nor Hasni Md Hashim itu turut mengesahkan mengenai tangkapan tersebut.

Putri Mardiana Di Tangkap Basah kali Kedua

Terdahulu, pasangan berkenaan pertama kali diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Disember tahun lalu di sebuah kondominium dekat Ukay Perdana,
Ampang dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat orang awam.

Mardiana yang juga ibu tunggal kepada tiga cahaya mata ketika itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan isteri Shahrizam
dengan tujuan untuk memalukannya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

rocky the great brown unused dick says: ni pulok jenis monyet tak cukop makan pisang; jenis kuat makan; dapat pisang tanduk kali lagi kuat nak makan... kesian pepisangan itu