Khamis, 5 Mac 2015

Habislah Ustaz Kazim lepas ni..

Penceramah popular Datuk Kazim Elias menyelar kembali Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menolaknya sebagai penceramah susulan kenyataannya tentang hadis "roti jala dicelup kuah kari”,

Malah, Kazim menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju pemilihannya sebagai ahli panel forum perdana sempena keputeraan Raja Perlis sebagai tindakan gopoh dan memalukan.


Ini kerana, Kazim berkata, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan oleh Dr Asri sebagai mufti dan dibuat tanpa peluang memberikan penjelasan, lapor Utusan Malaysia.

“Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.
* hehehe air muka siapa tu?

“Namun, apabila berlaku penyebaran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan.
* surat tu kerja orang jahat yang sebarkan. mungkin gerombolan songkok tinggi yang tak puashati. hehehehe. Dr Maza kata dia kesal dengan penyebaran itu.

“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah," katanya lagi seperti dilaporkan akhbar Umno itu.
* eh dulu kan kata nak berhenti ceramah. erm, ..

'Hanya perbandingan'

Sementara itu, Kazim juga menjelaskan kenyataan berkaitan hadis "roti jala dicelup kuah kari" dan “kurma celup tepung” yang disampaikannya hanya perbandingan.

Menurut Kazim, perbandingan itu dibuat kerana di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham," Kazim dipetik sebagai berkata dalam akhbar Utusan Malaysia.


* aku teringat masa almarhum TGNA banyak menggunakan kiasan, tapi lantas disalah tafsir oleh gerombolan UMNO. tak reti bahasa. so sekarang kenapa nak marah-marah? Kan tak bagus kalau guna kiasan kiasan ni hehehehehehe.

Sehubungan itu, Kazim melahirkan rasa kesal apabila surat daripada Jabatan Mufti Perlis menyebut beliau sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Katanya, ia seolah-olah menggambarkan beliau sering terlibat dengan penyebaran hadis yang salah.

"Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa.

"Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya lagi seperti dilapor akhbar itu.

-malaysiakini-

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Memang betul tindakan Mufti Perlis tu..Ustaz Kazim memang Tak bleh pakai..baru ni saya ada mendengar ceramah Ustaz Kazim di Radio Kelasik..begitu meleset sekali...bentang tentang Hadith .."buang duri,,sampah buat jalan " dapat pahla
pas2 dia mepertikaikan soal perhimpunan haram..plk..pas2 ada
plk dia kata "ada Ustaz tentang soal jawab..fahaman wahbi.lah....apada..klu nak cite hal agama..agama je la jgn kondem orang lain.....diri tu baik sat ke...

Tanpa Nama berkata...

mengubah hadis kan kerja haram?! hadis kan sunnah? pasal apa nak ubah pulak? kalau Nabi saw makan roti, katalah makan roti. pandai2 tukar ke roti jala kan dah menipu namanya.

PBO™ berkata...

aku terlupa bubuh title Datuk Kazim Elias. jangan lupa tu.