Selasa, 17 Mac 2015

Gobind tidak kisah pakatan berpecah

DAP akan tetap membantah pelaksanaan hukum hudud meskipun ketegasan pendirian itu akhirnya mengakibatkan pakatan pembangkang berpecah.

Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata, parti itu kekal terhadap pendirian tersebut dan tidak gentar dengan ugutan daripada mana-mana pihak termasuk daripada Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Sekiranya Tuan Ibrahim dan Pas Kelantan memberi amaran mengenai perpecahan pakatan pembangkang sekiranya DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) tidak menyokong hudud, maka, sudah jelas mereka yang hendak menuju perkara itu (perpecahan pakatan).

“Jika begitu, saya akan berkata, biarlah terjadi (perpecahan pakatan). DAP tidak menyokong pelaksanaan hudud tidak kira di Kelantan atau di mana-mana pun di Malaysia dengan sebab yang telah saya terangkan banyak kali. Ini adalah pendirian rasmi DAP dan kekal begitu,” katanya dalam satu kenyataan di laman blog beliau di sini hari ini.

Semalam, Tuan Ibrahim memberi ‘amaran’ kepada DAP dan PKR supaya bersetuju dengan langkah Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan jika tidak mahu kerjasama antara pakatan pembangkang terlerai.

Kenyataan tegas itu dibuat seiring dengan pendirian Pas untuk tetap membentangkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada minggu ini walaupun ditentang keras rakan sekutunya.

Menurut Gobind yang juga merupakan Ahli Parlimen Puchong, kenyataan daripada Tun Ibrahim itu adalah bertentangan dengan semangat kerjasama pakatan pembangkang dan tidak sepatutnya dibenarkan berlaku.

“Apa yang dikemukakan oleh Pas itu adalah bertentangan dengan polisi rangka kerjasama pakatan. Menerusi ugutan ini, paksaan bukan sahaja kepada terhadap PKR dan DAP tetapi siapapun untuk akur menerimanya,” katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah sepatutnya sedar dari skrg bahwa selama ini parti DAP yg disayanginya itu sememangnya hanya tidor tetapi mimpi lain-lain.