Ahad, 1 Mac 2015

Datuk Khairuddin - Saya tak terkejut langsung

Reaksi Datuk Khairuddin setelah dilucutkan jawatan dalam UMNO

"Saya tidak terkejut langsung dengan berita dilucutkan jawatan daripada UMNO disebabkan oleh kes jaminan korporat."

Itu reaksi Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ketika dimaklumkan bahawa beliau telah dilucutkan jawatan di dalam parti melalui media pada Jumaat.

Katanya, berita yang disiarkan sebuah stesen televisyen itu merupakan sesuatu yang menghairankannya kerana beliau sedang dalam fasa penyelesaian oleh peguam kerana syarikat berkenaan telah mula melangsaikan hutang.


Datuk Seri Khairuddin dilucutkan jawatan Naib Presiden UMNO

"Namun saya amat hairan dengan sikap Ibu Pejabat UMNO yang tidak pernah memanggil saya untuk memberi penjelasan mengenai kedudukan sebenar kes tersebut yang hakikatnya sedang diselesaikan.

"Mengapa UMNO tidak pernah dan tidak mahu memanggil saya untuk memberi pencerahan akan kedudukan dan status saya masa kini?" katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat laporan Ketua Pemuda Batu Kawan, Mohd Hilmie Ibrahim yang meminta Khairuddin dipecat sekiranya benar ahli perniagaan itu diisytihar muflis.

Hilmie turut dilaporkan menyerahkan memorandum dan beberapa dokumen daripada Jabatan Insolvensi kepada Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh bagi menyiasat dakwaan itu.

Tegas Khairuddin, UMNO seharusnya menulis surat tunjuk sebab terlebih dahulu sebelum sebaran tindakan diambil.

"UMNO seterusnya perlu memanggil saya untuk memberi penjelasan secara terperinci mengenai kedudukan masa kini saya.

"Malangnya, UMNO tidak mengikuti garis panduan mengikut lunas lunas perlembagaan parti," jelasnya.

Ujarnya, tindakan itu menunjukkan UMNO bersikap tidak profesional namun berikrar untuk terus berjuang walau tanpa sebarang jawatan di dalam parti.

"Saya tidak kecil hati langsung kerana ini adalah sebahagian daripada harga yang saya terpaksa bayar demi perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

"Saya berikrar untuk terus berjuang tanpa jawatan untuk menegakkan kebenaran serta melawan rasuah secara habis-habisan.

"Saya seorang yang amat kental di dalam perjuangan dan atas nama perjuangan untuk kepentingan rakyat saya tidak akan berganjak dari landasan ini walaupun terpaksa menempuh pelbagai tekanan politik," katanya.

Katanya lagi, dia akan menjelaskan kedudukannya secara terperinci di dalam UMNO selepas kembali semula daripada menunaikan umrah.

Khairuddin sebelum ini menggemparkan negara dengan membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setelah pelbagai teguran terhadap syarikat milik kerajaan itu 'tidak dipedulikan'.

Syarikat yang ditubuhkan kerajaan pada 2009 itu dilaporkan bertujuan bagi mengumpul dana dengan membawa masuk pelaburan langsung asing untuk projek negara serta menerbitkan bon. ~awani

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: