Jumaat, 13 Mac 2015

Bung Mokhtar buat hal lagi

Antara sebab utama mengapa Akta Hasutan tidak jadi dimansuhkan oleh Perdana Menteri Najib Razak adalah isu Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (GSSKM). Janji transformasi politik Najib Razak hanya tinggal janji kosong.

Kini kita akan lihat apakah akta hasutan itu akan digunakan kepada semua pihak dan bukannya hanya kepada pembangkang sahaja.

Cabaran pertama yang telah kita lalui adalah isu boikot peniaga Cina yang telah dikeluarkan oleh Menteri Ismail Sabri Yaakob. Walaupun secara logiknya mungkin ada keperluan Menteri itu dikenakan tindkaan mengikut akta hasutan, tetapi ianya terbang seperti angin lalu.

Terbaru kenyataan Bung Mokhtar Raden mengejutkan semua pihak. Beliau telah menyatakan pernah terlintas untuk menyokong membawa Sabah keluar dari Malaysia;

Datuk Bung Moktar Radin berkata beliau pernah terlintas untuk menyokong gerakan Sabah keluar dari Malaysia apabila mengenangkan nasib negeri itu yang dilihat seperti 'anak tiri' dalam persekutuan.

Berucap di Dewan Rakyat hari ini, ahli parlimen Umno itu mengulas isu elaun perumahan pegawai kerajaan semenanjung yang bertugas di Sabah, yang jauh lebih tinggi berbanding pegawai kerajaan Sabah yang bertugas di semenanjung.

"Kita ini seperti dianaktirikan. Sebab itulah ada gerakan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.

"Kadang-kadang rasa terpanggil mahu bersama (mereka). Tetapi saya ingatkan yang itu cerita lain," kata ahli parlimen Kinabatangan.
Bung pernah terlintas mahu Sabah keluar Malaysia

Kenyataan Bung Mokhtar itu dianggap 'kebal' kerana diucapkan dalam Dewan Rakyat. Namun jika ianya dikeluarkan dari dewan, apakah akan ada tindakan mengikut akta hasutan kepada ahli parlimen UMNO?

Bung Mokhtar melihat kesamarataan antara Sabah dan Semenanjung. Itu memang salah UMNO yang memerintah dari dulu hingga kini.

Aku teringat lagi ini bukan kali pertama Ahli Parlimen dari Sabah 'mengamuk' mengenai nasib rakyat Sabah di bawah kepimpinan UMNO / BN selama ini.

Satu ketika dulu, Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh juga telah mengamuk dalam dewan dengan berkata;
tahap kemiskinan begitu teruk bagi penduduk di Sabah kerana mereka masih lagi hidup menggunakan bekalan elektrik yang dijana generator dan membuang air di dalam lubang yang digali sendiri

Tu dia, sampai tahap macam tu punya ketuanan UMNO?

Bagaimana nasib Bung Mokhtar jika dia adalah salah seorang ahli parlimen dari pembangkang?

Tak apa, biar susah sekalipun, biar melarat sekalipun, asalkan UMNO menang. hahahahahaha

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: